CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4495|Reply: 3

Penyamun Tetak Pengawal Keselamatan, Larikan 70 Iphone

[Copy link]
Post time 3-4-2023 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak ketika bergelut dengan penyamun di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, di sini, awal pagi tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika mangsa yang berusia lewat 60-an sedang berehat di kaunter tandas kompleks perniagaan berkenaan, sebelum didatangi seorang lelaki membawa sebilah kapak.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata siasatan awal mendapati suspek menetak kepala mangsa sebelum memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi di dalam kompleks perniagaan itu






"Tangan dan kaki pengawal keselamatan diikat sebelum suspek membawa mangsa ke dalam tandas dan menguncinya dari luar.


"Suspek seterusnya memecah masuk kedai telekomunikasi di kompleks berkenaan dengan memotong mangga pintu, sebelum mencuri 70 unit telefon bimbit jenis iPhone di empat rak pameran kedai berkenaan," katanya mengesahkan pemilik kedai dianggar kerugian RM300,000.


Ahmad Adnan berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam jam 3.22 pagi bergegas ke lokasi.


"Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (ISJ) negeri turut hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan pemeriksaan menemukan beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.


"olis masih meneruskan usaha mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-62992222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.




Sumber: BH ONLINE





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengundinya dari luar
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk: Mengundinya dari luar

Biasa dengar undi pos jer.[em:6:]
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:15 PM | Show all posts

The Malaysian Drama Series Watch On Filmm4u All Episode Tv Shows
And The Melayu Drama TonTon by Tv3 and DFM2U Layanon9 Video
Kepala Bergetar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.338342 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list