CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4896|Reply: 1

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sangkaan

[Copy link]
Post time 3-4-2023 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by boca120879 at 3-4-2023 07:35 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Ya'qub (Ibnu Abdurrahman al-Qari (nama sebuah desa di Arab), daripada Abu Hazim, daripada Sahal bin Sa'ad as-Saidi,

"Rasulullah s.a.w. bertemu dengan orang-orang musyrik.
Maka terjadilah peperangan.

Semasa Rasulullah s.a.w. kembali ke pasukan Muslimin,
dan orang kafir kembali ke pasukan mereka,

terdapat seorang lelaki daripada kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.
yang tidak membiarkan
musuh berlalu begitu sahaja.
Dia mengejar dan menyerang musuh
dengan pedangnya.

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain berkata,
"Pada hari ini,
tiada di kalangan kita
yang benar-benar berpuas hati (mendapat ganjaran pahala)
seperti yang dilakukan oleh fulan."

Rasulullah s.a.w. terus bersabda,
"Ketahuilah!
Dia tergolong dalam golongan ahli neraka."

Seorang lelaki daripada kaum Muslimin berkata,
"Aku akan mengikutnya
sepanjang masa (waktu perang)."

Sahal bin Sa'ad as-Saidi berkata lagi,
"Lelaki itu telah keluar (waktu perang)
bersama-sama dengan fulan.
Jika si fulan berhenti ketika berperang,
maka dia turut berhenti.
Ketika fulan bergerak cepat,
maka dia pun sama bergerak cepat."

Lelaki itu berkata,
"Fulan mengalami luka parah.
Kerana tidak tahan dengan sakit yang dialami,
maka dia ingin segera mati.
Lalu dia meletakkan pemegang pedangnya ke tanah
lalu menikam dirinya sendiri."

Lelaki itu keluar bertemu Rasulullah s.a.w.
lalu berkata,
"Aku bersaksi bahawa kamu Muhammad,
adalah utusan Allah."

Rasulullah s.a.w. bertanya,
"Ada apa dengan kamu ini?"

Lelaki itu berkata,
"Lelaki yang kamu sebut-sebut
sebagai ahli neraka
sedangkan kebanyakan manusia merasa keberatan
dengan hal ini.
Maka aku bersaksi kepadamu,
wahai Rasulullah tentang fulan,
aku telah keluar mengikutnya
sepanjang peperangan
sehingga aku dapati dia telah luka parah,
dia ingin cepat mati,
lalu dia telah meletakkan pemegang pedangnya ke tanah
dan mata pedang di antara dua dadanya.
Kemudian dia menekankannya pada dirinya
sehingga membunuh dirinya sendiri."

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya ada lelaki yang beramal
seperti amalan ahli syurga
pada pandangan manusia,
padahal dia adalah ahli neraka.

Dan ada juga lelaki yang beramal
dengan amalan ahli neraka
pada pandangan manusia,
padahal dia adalah ahli syurga."

(Hadith Muslim no. 163)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2023 11:29 AM | Show all posts
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Tirmidzi no. 1911
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Ibnu Abu Umar, diceritakan oleh Sufyan, daripada Abu Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jauhilah oleh kalian prasangka.

Kerana prasangka itu adalah
ungkapan yang paling dusta."

Diceritakan oleh Abda bin Humaid, daripada sebahagian sahabat Sufyan, daripada Sufyan,

"Prasangka itu ada dua (2).

1) Iaitu prasangka yang mengandungi dosa.

2) Dan prasangka yang tidak mengandungi dosa.

Yang mengandungi dosa
adalah seorang yang berprasangka buruk,
lalu dia membicarakannya.

Sedangkan yang tidak mengandungi dosa
adalah seorang yang berprasangka,
namun dia tidak membicarakannya."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047888 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list