View: 10665|Reply: 66
|
[Tempatan]
Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai didenda RM30,000 sehari
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai berjalan dengan denda RM30,000 sehari disebabkan kelewatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, hari ini, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.
"Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.
"JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.
Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.
Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.
"Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan," katanya.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.
"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang... kita berhutang sebanyak RM60 juta.
"Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.
-Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat nak guna Aidilfitri ni..confirm sesak sampai Kay Bee |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua salah madanon highway xsiap |
|
|
|
|
|
|
|
salah kjaan negeri ke, rasenye salah rakyat sbb asyik pi undi kjaan negeri bodoh, pastu cr rezeki kat negeri liberal keje kjaan dgn federal government, balik ngundi pi undi parti pus pus, padan muke la korang, aku xkesian kat org kelantan you people worth it! |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah ada dlm contract agreement masa dpt tender project ni....so tanggung jela...sedangkan project landscape yg kecik pun kalau lambat siap LAD penalty dlm 3k -10k sehari ...ni kan project besar highway ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat benang SSKJP sewa helikopter balik beraya 3-4 tahun sudah. Geng budu lain beriya-riya bangga. Padahal majoriti terkemut-kemut stuck kt highway tahan nak terkecing. Pastu buang pampers anak merata |
|
|
|
|
|
|
|
Salah kontraktor la kan x reti planning sampai lambat siap...ke ada pihak lain yg salah? |
|
|
|
|
|
|
|
laqoyah replied at 2-4-2023 01:02 PM
Teringat benang SSKJP sewa helikopter balik beraya 3-4 tahun sudah. Geng budu lain beriya-riya bangg ...
Tahun ni bakalan lagi teruk. Jalan Gua Musang akan ditutup musim raya. Mangkuk hayun mana la punya planning. |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 2-4-2023 06:45 AM
Tahun ni bakalan lagi teruk. Jalan Gua Musang akan ditutup musim raya. Mangkuk hayun mana la punya ...
B**i kan! Hanat punya JKR kelantan.
Confirm duit dah masuk poket dulu. Dah kena denda baru nak suruh federal ambil. Federal tolong jadi cerdik. Jangan bagi muka kat nik amar & the gang |
|
|
|
|
|
|
|
Kontraktor orang kuat PAN katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 2-4-2023 02:45 PM
Tahun ni bakalan lagi teruk. Jalan Gua Musang akan ditutup musim raya. Mangkuk hayun mana la punya ...
Habis tu nk kelik klate berayo guano? Jln alternatif? |
|
|
|
|
|
|
|
kontraktor mampu ke nak bayar tu?
silap2 declare bankcrupt
buka je company lain
time submit tender
dialah terpaling pendek timeline, terpaling murah
hujung2 gagal |
|
|
|
|
|
|
|
aechae replied at 2-4-2023 03:27 PM
Habis tu nk kelik klate berayo guano? Jln alternatif?
Betul. Siap keluar dah notis & pelan laluan alternatif. |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap.
So sekarang ni projek ni bawah JKR Kelantan.
JKR negeri pun masih bawah Kerajaan pusat.
Yang delay kontraktor lantikan JKR tp kenape lak nk salahkan kerajaan negeri?
Aku x nmpk pula berita tulis delay sbb kerajaan negeri tak bayar duit ke kontraktor.
aku salah paham ke ape ni? |
|
|
|
|
|
|
|
project kerajaan negeri People's expressway namanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa bid dia lupa dia company melayu tu pasal konfiden tinggi boleh siap cepat macam company PRC. Janji dapat job kemudian kita bincang.
Elok lah gomen means business don't play2 with contract.
|
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 2-4-2023 12:46 PM
salah kjaan negeri ke, rasenye salah rakyat sbb asyik pi undi kjaan negeri bodoh, pastu cr rezeki ka ...
Pdn muka kan biar tiap2 thn seksa balik kg. Bodoh. Xlayak dpt highway |
|
|
|
|
|
|
|
Triple_8 replied at 2-4-2023 03:57 PM
Betul. Siap keluar dah notis & pelan laluan alternatif.
Jadi, kalau dr perak ke pahang tak blh ikut jln tu dah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Body_language replied at 2-4-2023 04:00 PM
Kejap.
So sekarang ni projek ni bawah JKR Kelantan.
gitu lah asal kelantan kerajaan negeri yang salah. xminat pon kerajaan negeri mereka tapi agak agak lah nak tuduh pon……. |
|
|
|
|
|
|
| |
|