CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1724|Reply: 13

Ramai 'Acik-acik' Penyokong Najib Berkampung Di Mahkamah Menangis

[Copy link]
Post time 31-3-2023 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 100 penyokong Najib Razak yang berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman hari ini kecewa apabila permohonan bekas perdana menteri itu menyemak semula sabitan dan hukuman penjara yang disabitkan padanya ditolak Mahkamah Persekutuan.


Mereka 'berkampung' di Putrajaya seawal jam 7.30 pagi bagi menunjukkan solidariti kepada Najib sambil melaungkan slogan "bebas bossku" dan "keadilan untuk bossku" ketika bekas ahli parlimen Pekan berkenaan dibawa kembali ke Penjara Kajang untuk meneruskan hukuman penjara 12 tahun.








Beberapa penyokong khususnya wanita dilihat sebak atau menangis ketika mengetahui keputusan hakim.


Bagi mereka Najib yang merupakan insan banyak berjasa kepada rakyat dan negara sudah "dizalimi" oleh kerajaan kerana mendakwanya di mahkamah.


Terdahulu, empat daripada lima panel hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.


Empat hakim membuat keputusan menolak permohonan itu, manakala seorang sebaliknya.


Penghakiman hari ini selari dengan keputusan dibuat panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu yang mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib.








Sementara itu, seorang penyokong berkata keputusan hari ini menunjukkan kerajaan "zalim" terhadap bekas perdana menteri itu.


Dia hanya mahu dikenali sebagai Hajah Rabihah mendakwa datang dari Sungai Buloh juga bertanya kenapa bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz, bekas menteri kewangan Nor Mohamed Yakcop dan warga Malaysia dalam buruan polis Jho Low tidak dibicara.


"Sedangkan Jho Low rakyat Malaysia, tapi kenapa Kuwait pula jatuh hukuman. (Sepatutnya) bawa dia balik ke Malaysia, biar Malaysia yang jatuhkan hukuman...Kenapa Najib yang kena?" katanya.


Dia turut mempersoalkan mengapa Peguam Negara masih tidak mendedahkan kepada umum siasatan terhadap hakim Nazlan Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.








"Jadi, kami hadir pada hari ini semata-mata mahukan keadilan dan kebenaran kepada Najib.


"ada kami, kami tetap bangga bahawa Najib ini tetap perdana menteri kami dan tiada lain yang terbaik selain perdana menteri daripada Najib," katanya.


Pasukan peguam Najib juga sebelum ini mendakwa Nazlan mempunyai konflik kepentingan dalam kes 1MDB.


Mohd Nazlan merupakan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Najib atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang harap pada pada 2020.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajah2 yang terlindung dari fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Atas sejadah cuba try… nanges depan makamah dpt apa ngok?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cedihnyaaaaa saya Tun Najib kena penjara [em:9:][em:9:][em:9:]

Eh belum ada Tun eh [em:22:]

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik x baca berita ke, dkt kuwait tu jho low dijatuhkan hukuman in absentia wakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 10:04 PM | Show all posts
Beriya2 benor mak-cik mak-cik tu nangis.  Rosmah yg lebih afdal nangis pun relax2 je kat S'pore. Rosmah tak sokong Najib lagi ke dah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
makcik2 bawak2 la istighfar. afdal di bulan ramadhan ni istighfar dgn muhasabah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik makcik2 ni semoga berbahagia. doa je la yg baik2 utk makcik2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 11:24 AM | Show all posts
Edited by Nurdianah at 1-4-2023 11:25 AM
Orix replied at 31-3-2023 06:20 PM
Cedihnyaaaaa saya Tun Najib kena penjara [em:9:][em:9:][em:9:]

Eh belum ada Tun eh [em:22:]

Yg paling kelakor dlm ni siap buat benang khas bagai....






Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 11:37 AM | Show all posts
swimswim replied at 31-3-2023 09:40 PM
Makcik x baca berita ke, dkt kuwait tu jho low dijatuhkan hukuman in absentia wakakakakaka

Mokcik mana baca news....sibok ber TikTok
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:48 PM | Show all posts
nolya replied at 31-3-2023 10:04 PM
Beriya2 benor mak-cik mak-cik tu nangis.  Rosmah yg lebih afdal nangis pun relax2 je kat S'pore. Ros ...

rasanya smlm mcm ternampak gamba achik rosmah pegi court
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 31-3-2023 10:04 PM
Beriya2 benor mak-cik mak-cik tu nangis.  Rosmah yg lebih afdal nangis pun relax2 je kat S'pore. Ros ...

Kak mah adalah pki baju hijau. Dia pun dh puas nangis dari malam kejatuhan lakinya dulu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:59 PM | Show all posts
Oooo ade ke.  Sorilah salah sangka. Ingatkan dia duk sebulan kat S'pore.  Tapi kenapa wartawan tak fokus gambarnya dlm berita forum ni. Sian kak mah, gambar foto penyokong lebih diutamakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 02:21 PM | Show all posts
tp taknampak plak kelibat acik elly suriati menjerit2? ka ada??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.274741 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list