CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1886|Reply: 0

Musa Hassan Tak Nak Cerita Panjang, Failkan Nusyuz Sebab Isteri Ingkar

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Tan Sri Musa Hassan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil atas alasan ingkar, tidak taat atau enggan dengan sebab yang tidak berpatutan menurut kemahuan dan perintah suami.


Bekas Ketua Polis Negara itu selesai memfailkan nusyuz di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3.15 petang ini, dengan sebutan kes pada 5 April ini.




MUSA Hassan semasa tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan nusyuz ke atas isterinya. - UTUSAN/AFIQ RAZALI




“Saya sudah failkan nusyuz, jadi kita serah kepada mahkamah. (Pemfailan) Nusyuz ini adalah kerana dia ingkar, tidak taat..itu sahaja. Saya tak boleh nak cerita panjang, biar pihak mahkamah tentukan,” katanya ketika ditemui pemberita.


Ketika ditanya mengenai penafian isterinya berhubung video yang tular, beliau sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.


“Itu kena tanya polis lah. Saya malas nak berhubung (dengan isteri), takut bergaduh. Tapi dia selalu hantar mesej kepada sayalah. Saya malas nak jawab, kalau jawab pun melalui peguam,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.263413 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list