CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 0

[Perlis] Kastam sita barang dari Thailand

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Kastam sita barang dari Thailand


Oleh Aizat Sharif - Mac 31, 2023 @ 5:31pm bhnews@bh.com.my






Anggota Kastam menunjukkan barang rampasan yang cuba diseludup ke negara ini di Padang Besar. - Foto KASTAM




PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 10,425 unit alat ganti dan aksesori kenderaan serta pakaian dan kasut bernilai lebih RM327,000 yang tidak diikrarkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs) Padang Besar, Isnin lalu.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Pegawai Kastam Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar bersama-sama Pegawai Kastam Unit Dagangan Jalan Raya dan Unit Mesin Pengimbas menjalankan pemeriksaan rapi ke atas tiga lori kontena berpendaftaran Thailand di kompleks berkenaan.

"Kita mendapati ada 400 unit alat ganti kenderaan dan 1,105 unit aksesori kenderaan berserta 2,080 helai pakaian dan 6,840 pasang kasut tidak berkastam dan diimport dari negara jiran cuba dibawa masuk ke negara ini menggunakan dokumen pengikraran pengimportan yang disyaki tidak diikrar dengan betul.

"Kita terus menahan ketiga-tiga pemandu lori kontena yang juga warganegara Thailand bagi membantu siasatan. Kita sedang mengesan pengimport yang terbabit dalam cubaan membawa masuk barang ini," katanya hari ini.

Ismail berkata, modus operandi dalam kes itu ialah sindiket membuat pengikraran yang tidak benar dan mengelirukan dalam Borang Kastam 1 (K1) dengan tujuan mengelak dikenakan duti dan cukai.

"Anggaran nilai barang yang dirampas termasuk kenderaan yang disita sebanyak RM264,840 dan duti serta cukai terbabit berjumlah RM62,199 menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM327,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (g) Akta Kastam 1967, iaitu kesalahan yang dalam apa-apa cara dengan disedarinya terbabit dalam apa-apa pengelakan 'fraud' atau cuba mengelak dengan 'fraud' apa-apa duti kastam, atau dalam pengelakan atau percubaan mengelakkan apa-apa larangan import atau eksport.

"Jika sabit kesalahan pesalah boleh bagi kesalahan pertama didenda tidak kurang dari 10 kali ganda amaun duti kastam itu atau RM 50,000, amaun mana yang lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun duti kastam itu atau RM 500,000, amaun mana yang lebih besar atau penjara selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.654839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list