CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3843|Reply: 6

Lelaki Serang Imam Dihantar Ke Hospital Permai

[Copy link]
Post time 31-3-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode
“Saya terdengar suara.”


Itu jawapan Ahmad Paijan Abd. Rashid, 38, sebaik  ditanya sama ada mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya atas dakwaan melakukan kacau ganggu solat di rumah ibadat di Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini.


Pertuduhan itu dibuat  di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan.




AHMAD Paijan Abd. Rashid (baju merah, seluar pendek) hadir ke Mahkamah Majistret di Kuantan, Pahang bagi berdepan tuduhan menganggu solat subuh di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, 26 Mac lalu. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI




Bukan hanya tidak dapat menjawab soalan pengakuan, Ahmad Paijan yang merupakan bekas tentera tidak dapat mengingati nombor kad pengenalannya sendiri.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan gangguan kepada solat Subuh yang sedang dijalankan dengan sah di sisi undang-undang, kira-kira pukul sekitar 6.30 pagi di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini pada 26 Mac lalu.


Timbalan Pendakwa Raya Ezuain Farhana Ahmad dibantu Anuarul Hakim Abdul Muen membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi menjalankan pemeriksaan.


Ezuain Farhana juga meminta tertuduh tidak diberikan sebarang jaminan sehingga terdapat laporan psikiatri dari hospital tersebut.


Majistret Tengku Elyana Tuan Kamaruzaman memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi mendapatkan pemantauan dan laporan.


Majistret turut memutuskan tiada  jaminan dibenarkan ke atas tertuduh selain menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.




TANGKAP layar video memaparkan seorang lelaki bertindak memukul imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan, Pahang.




Terdahulu, tular rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki bertindak mahu memukul imam jemputan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Ahad lalu.


Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang bertindak menolak jemaah sebelum memukul imam jemputan terbabit dengan selipar berwarna putih. – UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu aje la modalnya
Dengar suara
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila pun pandai pulak pakai baju melayu dgn kain pelikat time masuk semejid
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknya tiap tahun ada aje orang gila attack
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara azan ko tak peduli..suara sabu juga yang ko ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 04:29 PM | Show all posts
hantar kandang babi je
g bisik sama babi sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2023 11:05 PM | Show all posts
Baru 38 umur...
Hantar pusat je lah..
Berpeleseran bahayakan org awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.190938 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list