CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3286|Reply: 1

Universiti Harvard Tawar Kursus Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia Dan Bahasa Thailand

[Copy link]
Post time 30-3-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Kursus Tagalog, bahasa keempat paling banyak dituturkan di Amerika Syarikat serta dua lagi bahasa Asia bakal ditawarkan di Universiti Harvard.


Menurut laporan kertas pelajar Harvard Crimson, Jabatan Pengajian Asia Selatan universiti itu akan mengupah tiga tenaga pengajar untuk mengajar Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thailand bagi tahun akademik 2023 hingga 2024.








Jawatan mengajar di bawah pelantikan penggal tiga tahun dan boleh diperbaharui sehingga lima tahun tambahan itu akan menggunakan peruntukan AS$1 juta (RM4.43 juta) melalui inisiatif pengumpulan dana.


Profesor Bahasa dan Tamadun Asia Timur dan Pengarah Pusat Asia Harvard, James Robson berkata, jabatan itu berusaha ke arah memperluas pendidikan mengenai Asia Tenggara di universiti itu selama lebih dua tahun.


Melalui kursus Bahasa Tagalog katanya, jabatan Harvard berharap dapat membuka ruang permintaan untuk bahasa Asia Tenggara dan peluang meyakinkan pentadbiran dalam terus menyokong pengajian Asia Tenggara.


Tagalog adalah salah satu bahasa utama di Filipina, selain Bahasa Inggeris.


Selain Harvard, Universiti Washington di Seattle turut menawarkan kursus Bahasa Tagalog di bawah program Pengajian Etnik Amerika.


Kursus sama juga ditawarkan di Universiti Pennsylvania, Philadelphia; Universiti California San Diego, La Jolla, California; Universiti Cornell, Ithaca, New York dan Universiti Michigan, Ann Arbor, Michigan.


Di Universiti Hawaii, Manoa, Honolulu, pelajar boleh memperoleh ijazah sarjana muda seni dalam bahasa dan budaya Filipina.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 12:43 PM | Show all posts
sia2 je pak mail gigih ckp BM kat Nuyok haritu.ujung2 amarika x pandanng pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list