CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2601|Reply: 0

Penunggang, Pembonceng Motosikal Maut Angkara Kereta Tak Lepas Potong Lori

[Copy link]
Post time 30-3-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 91.6 Jalan Batu Bahat Johor Baru berhampiran Sungai Besar, Benut, semalam meragut dua nyawa.


Ketua Polis Derah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian pada 1.30 petang membabitkan sebuah lori, kereta dan motosikal.




LOKASI kejadian kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Sungai Besar, Benut Pontian. FOTO Ihsan Pembaca.




"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dari arah Batu Pahat cuba memotong sebuah lori, namun bertembung dengan sebuah motosikal dari arah Pontian.


"Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 27 dan 18 tahun meninggal dunia," katanya.


Mohammad Shofee berkata, pemandu lori berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu kereta berusia 62 dan seorang penumpang berusia 54 tahun cedera ringan.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.401441 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list