View: 3483|Reply: 6
|
Ada Simbol Mata Satu, Muzik Video Dolla Didakwa Ada Unsur Iluminati Dan 'Freemason'
[Copy link]
|
|
Muzik video Dolla, Look At This yang dilancarkan bulan lalu didakwa ada unsur iluminati dan 'freemason'.
Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya itu menjelaskan simbol mata satu atau 'All Seeing Eye' yang dikaitkan dengan muzik video lagu berkenaan ada bezanya dengan gambaran iluminati sebenar.
Foto: IG
Tabby berkata, dia ada sedikit kefahaman mengenai unsur iluminati yang cuba diperkatakan itu, namun apa dipersembahkan Dolla di dalam muzik video Look At This hanya memaparkan kisah lagu dari mata.
"Look at this' (pandang ke sini), jadi matalah. Tak ada iluminati pun. Kami hanya menari dalam muzik video itu mengikut apa yang sudah dibincangkan dengan koreografer.
"Kami tidak terfikir langsung, gerak tari yang dibuat akan ada kaitan dengan unsur iluminati seperti didakwa. Apatah lagi, Look At This adalah lagu yang menceriakan," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga kebimbangan mereka apabila berada di tempat awam bersama peminat, terutama aspek keselamatan, Syasya pula berkata, setakat ini Dolla okay saja kerana sentiasa dilindungi kelab peminat mereka.
"Kami bertuah kerana peminat-peminat Dolla sangat peka dan prihatin terhadap keselamatan kami walau di mana kami muncul membuat persembahan. Malah, sesama mereka biasanya yang akan memberi teguran.
"Contohnya kalau ambil gambar. Sesama mereka sendiri akan menegur rakan yang lain agar memberi peluang kepada yang belum bergambar lagi. Setiap orang cukup sekali saja bergambar dengan kami," katanya.
Mengenai perancangan karier seni pula, Dolla merancang mengeluarkan album pada tahun ini, selain mahu terbabit dengan penganjuran konsert berskala besar berbanding 'showcase' tahun lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
balik2 illuminati dan freemason... so yesteryears dah dik oi symbolism semua tu...
yang baru bulu nak tumbuh dan mengenali freemason dan symbolism je masih beria dan gigih highlight mata satu itu ini... kaka dah lalui zaman ignorant macam korang gittew!
takat dolla ni dorang nak dapat apa buat ritual tonggang tonggek goyang jubo dalam mv siap menonggeng kat mata satu? masing2 tetap nyanyi tak sedap... kaya pun tidak... rupa pun hausss... popular pun tidak.... yihhh!
dari ko jual diri kau dekat freemason ke hapooo tu baik jual diri kat lorong haji taib... dapat jugak duit... ni penat2 tunggang tungging menari dalam mv bersymbolism kulu kilir... tak dapat apa pun... level kau masih di situ jah... manakala nyah2 kat lorong haji taib dah upgrade beli beg LV
|
|
|
|
|
|
|
|
dia org ni walaupun ada non muslim cover cover lah skt time bulan ramadon
amelia hen tu dh tone down dh…. |
|
|
|
|
|
|
|
tetap sendu.. blackpink wannabe |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang pakai sopan ni bukan pasal muslim ke tak muslim ke.Lebih kepada maruah, simpan apa patut.
Bila disuruh cover apa patut, dikatanya setajah. Tengok Queen Elizabeth jumpa orang, mcm mana baju dia. Dia bukan setajah pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fefeeling BP sangat diorang ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|