CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3835|Reply: 0

[DRAMA MELAYU] Pabila puasa, teringat Rumah Kedai

[Copy link]
Post time 30-3-2023 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Pabila puasa, teringat Rumah Kedai


KENANGAN Khatijah bersama pelakon Rumah Kedai.

Siri drama Rumah Kedai yang ditayangkan sepanjang Ramadan di TV3 bermula pada 1988 pernah menjadi fenomena dan ditunggu-tunggu tayangannya setiap jam 5.30 petang.

Kini, ia bukan saja menjadi nostalgia buat peminat setianya, tetapi juga pelakon yang pernah membintangi siri ini sejak musim pertama iaitu Khatijah Tan, 62.

Khatijah berkata, setiap kali Ramadan, ingatannya pasti kembali kepada siri popular itu. Lebih memilukan apabila tiga pelakon utamanya iaitu Yusof Mohamad yang membawa watak Pak Halim, Harun Salim Bachik (Remy) dan Sudiro Sukirman (Tapa) sudah meninggal dunia.

Selain itu, Rumah Kedai turut dibintangi Kartina Aziz, Rosnah Mat Aris, Ros Mawar Mohd Aris, Rosnani Yusof dan lain-lain.

"Dulu zaman muda walaupun berlakon di dalamnya, setiap kali puasa memang saya akan tunggu tayangan Rumah Kedai.

"Penggambaran dibuat awal, tapi memandangkan tayangan untuk Ramadan, ada babak kami menjalani ibadah puasa. Saya masih ingat detik itu. Lagu temanya pun menyentuh perasaan dan sampai kini saya teringat-ingat muzik itu," katanya yang membawa watak Habsah.

Khatijah berkata, penggambaran musim pertama Rumah Kedai dibuat di Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

"Selepas itu lokasinya berubah-ubah antaranya AU3, Ampang dan tempat lain. Ia kerana siri ini mulanya diterbitkan oleh TV3 sebelum diserahkan kepada produksi luar selepas itu.

"Bila bertukar produksi, lokasi asalnya rumah kedai kampung ditukar seperti rumah kedai di pangsapuri, tetapi ceritanya masih sama," katanya.

Khatijah berkata, tema Rumah Kedai sebenarnya adalah keagamaan, tetapi disampaikan dalam bentuk santai. Setiap hari ia mengupas isu agama seperti talak, hibah dan lain-lain.

Khatijah berkata, biarpun menyelitkan elemen agama, drama itu jadi pilihan kerana tidak banyak konsep begini dihasilkan.


KHATIJAH bersama suami, Nazrul Andre.

"Sekarang mungkin berbeza kerana banyak realiti TV. Saya jumpa ramai peminat bukan Islam yang kata tahu banyak mengenai Islam bila tengok Rumah Kedai antaranya episod Talak.

"Episod itu menampilkan pelakon undangan Allahyarham Azean Irdawaty dan kalau tak salah pelakon lelaki, Shaharuddin Thamby. Mereka jumpa Pak Halim (Yusof) untuk tanya masalah.

"Kononnya mereka pasangan suami isteri dan berlakon sebuah drama juga watak suami isteri. Ada babak mereka bercerai dan rupanya talak itu jatuh," katanya.

Menurut Khatijah, peminat Cina itu memberitahu episod itu sangat menarik.

"Rupanya drama ini turut diminati bukan Islam kerana banyak ilmu mereka dapat. Itu keistimewaan Rumah Kedai," katanya.

Menurut Khatijah, Rumah Kedai turut menjadi tarikan kerana ada drama dan babak lucu watak Tapa (Sudiro) dan Remy (Harun).

"Rasa macam kehilangan bagi saya bila siri ini berakhir," katanya.

Khatijah turut berkongsi kejadian seorang jurukamera ditimpa pokok kelapa ketika mereka menjalani penggambaran di Sungai Pusu.

"Dia selamat, malah sempat selamatkan kamera. Kami panik juga jadinya. Bila dikenangkan kembali, macam-macam nostalgia. Hubungan kami juga seperti keluarga," katanya.

Satu lagi perkara yang tidak dilupakannya ialah Rosnah Mat Aris melatah.

"Masa penggambaran babak berbuka puasa sama-sama, lampu tiba-tiba terjatuh dan mula dia melatah. Itu antara kenangan yang saya ingat.

"Hubungan kami masih berjalan di mana sesekali saya menghubungi Kartina dan Rosnah," katanya yang kini menetap di Ipoh, Perak selepas suaminya, Nazrul Andre Abdullah bersara.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... eringat-rumah-kedai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046058 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list