View: 4237|Reply: 9
|
Hafidz Roshdi Dah Dapatkan Rawatan Di Hospital Bahagia, Tapi Belum Ada Keputusan
[Copy link]
|
|
Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, dilaporkan ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu.
Peguam Hafidz, Datuk Akbardin Abdul Kader dihubungi berkata, pelakon itu sudah pun ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan, namun belum ada keputusan dikeluarkan.
Harian Metro
"Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
"Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma dipihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga sama ada Hafidz boleh bertemu anak-anaknya dalam tempoh rawatan, Akbardin berkata anak guamnya itu tetap boleh berjumpa cahaya matanya dan tiada halangan untuk berbuat demikian.
Terdahulu, perintah agar Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukridi susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
keputusannya samada...
1. di lepaskan...
2. di sumbat ke rumah si bainun tu biar dia siram kau pakai air coway panas...
harap2 mahkamah pilih keputusan no. 2 tu...
lepastu biar si bainun tu debik kau pulak pakai tangan serupa roti gardenia atau croissant 7 days dia tu...
last sekali smackdown heols dan hempap sambil kojol... lepastu pura2 jah tergelincir dan kemalangan... tidak sengaja... |
|
|
|
|
|
|
|
nk hospital bahagia ke apanya
doktot yusada kan adoooo |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ke coway si bainun? ke dh kena tarik sebab lama tak bayar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tergelak saya kakarayna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari bapak ke anak kena rawatan psikiatrik, tabah la ya sister |
|
|
|
|
|
|
|
jadi. jadi cerai ke x ni? |
|
|
|
|
|
|
|
tak kena tarik lagi kot kaka sebab heshe dah bayar penuh katanya...
tapi mungkin tersumbat sebab lupa nak servis filter dia tiap2 bulan...
|
|
|
|
|
|
|
|
bERpuasa dan beraya kat hospital ke acaner? |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 30-3-2023 09:27 AM
bERpuasa dan beraya kat hospital ke acaner?
Outpatient tteatment je kut...Lepas dia habis treatment, giliran parit atau sandol pulak ..apiq tu masukkan terus, habis kisah dia nak gantung bini tak bertali lelama |
|
|
|
|
|
|
| |
|