CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2554|Reply: 0

[Selangor] 21 ahli sindiket penipuan, judi ‘online’ tipu warga Hong Kong ditahan

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

BEH Eng Lai (dua dari kanan) menunjukkan peralatan digunakan sindiket judi dalam talian yang dirampas di Desa Park City, Sentul, Ahad lalu.


PETALING JAYA: Menyasarkan kira-kira 100 mangsa warga Hong Kong setiap hari bagi kegiatan penipuan dan perjudian dalam talian.

Itu kegiatan sindiket penipuan yang dibongkar sepasukan polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul melalui penahanan 21 individu di sebuah kondominium di Desa Park City, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, semua suspek warga tempatan terdiri daripada 18 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 45 tahun itu dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lalu.

Katanya, seorang daripada suspek adalah penyelia manakala 20 orang lagi berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

“Modus operandi sindiket dengan mencari pelanggan yang dipromosikan dalam media sosial bagi membuka permainan akaun judi serta judi dalam talian melalui laman web yang dibekalkan penyelia.

“Sindiket ini beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul, di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, pemain  diarah memasukkan mata wang Hong Kong Dollar (HKD) dalam akaun judi disediakan bagi mendapatkan kredit untuk bermain judi.

Katanya, setiap pelanggan dikehendaki memasukkan wang minimum sebanyak 100HKD (RM56) sebagi syarat pendaftaran ahli.

“Setiap ahli perlu mencari sekurang-kurangnya lima mangsa dan sindiket ini mengaut keuntungan sekitar 600,000 HKD (RM336,314) sepanjang sebulan beroperasi.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas 21 komputer, 65 telefon bimbit dan beberapa alatan menggunakan judi,” katanya.

Menurut beliau, kesemua suspek direman hingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lapan daripada suspek mempunyai jenayah lampau,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... -hong-kong-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.099853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list