CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 3

Adam Corrie Pernah Bawa RM400 Ke Bazar

[Copy link]
Post time 29-3-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Mengenang pengalaman pertama berpuasa di bulan Ramadan, Adam Corrie, 55, berkata, dia mula belajar puasa ketika kanak-kanak dan berusia 11 tahun selepas melihat rakannya berbangsa Melayu menunaikan ibadah itu.


"Saya membesar dalam kawasan yang dikelilingi masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Jadi, apabila Ramadan, saya dan keluarga sudah memahami bagaimana keadaannya serta kami sangat menghormati bulan mulia ini.




IG




"Malah, kawan-kawan di sekolah juga sangat menyokong selepas mereka tahu hasrat saya nak berpuasa. Ketika itu cara saya puasa hanya menahan diri daripada makan dan minum tanpa tahu kena bersahur serta membaca niat," katanya.


Menurut Adam Corrie, dia juga tidak memberitahu ibu bapanya bahawa berpuasa ketika itu. Katanya lagi, cubaan berpuasa seterusnya dilakukan ketika remaja pada usia belasan tahun selepas berhijrah ke Kuala Lumpur.


"Walaupun tinggal di ibu kota, rezeki saya masih dikelilingi rakan-rakan Melayu yang begitu memberi sokongan apabila saya ingin berpuasa. Saya juga belajar bangun pagi sebelum Subuh untuk bersahur.


"Apa pun paling seronok adalah pengalaman saya ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka. Saya pernah membawa RM400 ke bazar untuk membeli juadah berbuka memandangkan sudah seharian tidak makan dan minum.


"Saya bimbang tidak cukup wang kalau nak membeli pelbagai makanan. Namun, rakan saya menegur dan hanya memberikan RM30 untuk membeli juadah berbuka, sementara baki wang saya disimpannya.


"Memang tak perlu bawa wang banyak pun sampai ratusan untuk ke bazar membeli makanan. Tapi, biasalah saya baru mula berpuasa dan tahan lapar pun sudah lama. Jadi, macam-macam fikir nak beli untuk makan," katanya.


Adam Corrie berkata, ia kenangan indah yang tak dapat dilupakannya hingga kini. Katanya, kalau tiba-tiba teringat semula memang ketawa. Apa pun, dia bersyukur sudah memeluk Islam dan Alhamdulillah Allah masih memberinya rezeki bertemu Ramadan lagi.


Terdahulu, Adam Corrie nekad memeluk Islam ketika berusia 39 tahun pada 13 Julai 2007 selepas mendapat petunjuk dalam mimpi sebagaimana yang didoakannya kepada Allah kerana menginginkan pegangan kehidupan yang baik.


Adam Corrie yang kini berniaga selain berlakon, dipertemukan jodoh dengan wanita pilihan, Fazima Fuad pada 2008. Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Fateh Lee.


Walaupun banyak melakonkan watak antagonis dalam drama dan filem dibintanginya sebelum ini, Adam Corrie pernah dinobatkan anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 2017 menerusi kategori Saudara Kita.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2023 12:06 PM | Show all posts
"Apa pun paling seronok adalah pengalaman saya ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka. Saya pernah membawa RM400 ke bazar untuk membeli juadah berbuka memandangkan sudah seharian tidak makan dan minum.

"Saya bimbang tidak cukup wang kalau nak membeli pelbagai makanan. Namun, rakan saya menegur dan hanya memberikan RM30 untuk membeli juadah berbuka, sementara baki wang saya disimpannya.


apa punya bahasa nih...
1- pernah bawa RM400 - maksudnya dia da bawa la duit tu untuk ke pasar kann
2- kawan dia tegur dan memberikan RM30 - kawan dia bagi duit la kann
3- sementara baki disimpan - baki dari mana sbb duit dia RM400 masih tak terusik kot...

bahasa failed la wartawan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk heols menarik zapin. Tak nmpk kelempuk mcm penari lain. Jadi gangster pun menjadi sgt.


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 12:10 PM | Show all posts
pernah bawa 400 hengget pun boleh jadi title... acik2 lain yang bawak kredit kard max limit 500k tak nak kira ke... choiii!

anyway iols faham artikel cuba bagitahu pasal adam corrie ke bazar ramadan sebelum dia islam agittewww...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.059747 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list