View: 4647|Reply: 0
|
Rashford tolak gaji RM2j seminggu
[Copy link]
|
|
Rashford tolak gaji RM2j seminggu
RASHFORD menjadi idaman PSG.
London: Marcus Rashford dilapor menolak tawaran sangat lumayan daripada PSG yang membolehkan dia bergaji lebih tinggi daripada mana-mana pemain Liga Perdana.
Bintang Man United itu dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford pada musim panas lalu dengan kelab Ligue 1 itu sangat berminat dengan pemain itu.
Menurut The Athletic, PSG setuju menawarkan pemain antarabangsa itu kontrak £400,000 (RM2.16 juta) seminggu.
Gaji itu meletakkan Rashford sama taraf dengan pemain Man City Kevin De Bruyne dan lebih daripada diraih Erling Haaland dan David de Gea, menurut Planet Football.
Namun perpindahan itu tidak menjadi kenyataan dan Rashford kekal di Man United dan mempamerkan taringnya musim ini.
Dia kembali ke puncak prestasinya dan meledak 27 gol dalam 44 penampilan dalam semua kejohanan.
Presiden kelab Nasser Al-Khelaifi sebelum ini mengakui dia sangat meminati Rashford yang kontraknya berakhir 2024.
Red Devils mahu mengekalkan bekas bintang akademi mereka itu dan mempunyai pilihan untuk mengaktifkan tempoh 12 bulan lanjutan dalam kontraknya bernilai £200,000 (RM1.08 juta) seminggu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tm_medium=mestibaca
|
|
|
|
|
|
|
| |
|