CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3118|Reply: 0

Risiko Bayi Mati Dalam Kandungan, Ibu Hamil Ada Diabetes Kena Berwaspada!

[Copy link]
Post time 28-3-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Risiko Bayi Mati Dalam Kandungan, Ibu Hamil Ada Diabetes Kena Berwaspada!


Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan masalah yang sering dialami oleh kebanyakkan orang khususnya rakyat Malaysia. Tambah pula dengan kepelbagaian makanan dan minuman yang disajikan, mustahil kita dapat menolak keinginan yang membuak-buak bukan? Kesan diabetes ketika hamil pun ada ke?

Perkara ini juga menjadi faktor kepada wanita hamil apabila mereka juga tidak terlepas menghidap diabetes akibat tidak menjaga pemakanan. Tetapi, benarkah ibu hamil mempunyai diabetes akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan?

KESAN DIABETES KETIKA HAMIL, BAYI PUN KENA KE?


Ibu hamil yang ada diabetes berisiko menyebabkan baby mati dalam kandungan. Sebab itu ibu hamil yang ada diabetes (GDM) kena jaga makan & kandungan betul-betul. Apa lagi komplikasi ibu hamil yang ada diabetes kepada baby?

1.Kematian bayi sewaktu dilahirkan (stillbirth)

Bahaya kencing manis semasa hamil boleh menyebabkan kematian bayi sebelum dilahirkan atau selepas dilahirkan.

2.Bayi mengalami jaundis

Kulit dan juga mata bayi akan menjadi kekuningan selain paras gula darah mereka yang terlalu rendah. Biasanya, bayi yang mempunyai penyakit kuning ini akan dipantau dengan rapi di hospital.

3. Saiz bayi besar

Wanita hamil yang mengalami diabetes gestasi mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Paras gula yang tinggi ini boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi lebih besar dari sepatutnya. Bayi dengan berat 4 kilogram ke atas akan lebih sukar untuk dilahirkan secara normal.

4. Bayi lahir pramatang

Gula darah ibu hamil yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ibu itu berisiko untuk melahirkan bayinya lebih awal.

5. Bayi susah bernafas

Bayi pramatang atau lahir lebih awal daripada ibu yang GDM berisiko untuk mengalami sindrom gangguan pernafasan. Apabila sindrom gangguan pernafasan ini berlaku, maka baby akan mengalami kesukaran bernafas yang serius.



UNTUK IBU PULAK, INI ANTARA RISIKO GDM TAK TERKAWAL:

1.Berisiko untuk alami diabetes jenis 2

Apabila wanita hamil itu pernah mengalami diabetes gestasi, maka dia juga berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2 pada masa hadapan. Selain itu, si ibu juga berisiko untuk mengalami diabetes gestasi pada kehamilan akan datang.

2. Tekanan darah tinggi

Paras gula darah yang tinggi semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi yang boleh menyebabkan preeklampsia. Preeklampsia adalah komplikasi daripada kehamilan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi lalu boleh mengancam nyawa si ibu.

3. Czer

Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan bayi dalam kandungan bersaiz besar dan boleh mengancam nyawa ibu untuk bersalin normal, maka ibu perlu memilih cara bersalin melalui kaedah Czer.

Bahaya GDM yang dialami oleh ibu hamil bukan hanya menjejaskan dirinya sendiri, tetapi juga bayi yang dikandungnya. Untuk mengurangkan risiko dapat GDM, amalkan gaya hidup yang sihat sebelum merancang untuk hamil.

Sumber: Twitter @MyHeartCommunity
https://siraplimau.com/kesan-diabetes-ketika-hamil/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.265154 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list