CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2717|Reply: 2

Dah 23 Hari Saya Tak Dibenarkan Jumpa Anak-Anak, Telefon Pun Tak Dibenarkan - Farid

[Copy link]
Post time 28-3-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Gempak melaporkan kemelut rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle menyebabkan aktor itu kini tidak dibenarkan berjumpa dua anak mereka sejak 23 hari lalu.


Dalam temu bual yang dikongsi TikTok Xtra, Farid mendakwa gagal menghubungi anaknya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.








“Saya sayang anak-anak saya, tanpa isteri saya, saya takkan jumpa anak-anak saya. Saya tak dibenarkan jumpa anak-anak dah 23 hari, telefon pun tak dibenarkan,” dedah Farid.


Farid yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam juga berkata dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya yang diganggu orang ketiga.


“Contoh hari ni saya cuba, walaupun saya tahu kesalahan orang luar, saya cuba menyelamatkan rumah tangga, saya cuba. Tapi saya rasa tidak adil,” katanya lagi.


Terdahulu, Farid dan Diana hadir ke mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai dengan alasan tiada lagi persefahaman dan berlaku pergaduhan berpanjangan.


Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sian anak2 [em:8:]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2023 03:35 PM | Show all posts
suka dengan DD ni, tapi tulah I tak boleh ambik janda ada anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.661323 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list