CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4898|Reply: 0

[Sabah] Dua penjawat awam antara tujuh ditahan edar dadah

[Copy link]
Post time 28-3-2023 05:49 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Jasmin (tengah) menunjukkan syabu yang berjaya dirampas pada sidang media, di sini.
TAWAU: Dua penjawat awam antara tujuh ditahan terlibat sindiket pengedaran dadah jenis syabu seberat lebih 1.2 kilogram dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah Tawau, baru-baru ini.

Semua suspek terbabit ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, serbuan pertama dilakukan pada 20 Mac lalu di sebuah kawasan perumahan di daerah ini.

Katanya, serbuan itu berjaya menahan lima lelaki tempatan berumur 30 hingga 59 tahun di dalam sebuah kereta di lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemukan dua bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi 103.40 gram dadah jenis syabu.

“Semakan rekod lampau yang dijalankan, semua suspek pernah melakukan jenayah berkaitan dadah termasuk seorang mempunyai lapan kes jenayah,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, tangkapan kedua pula membabitkan dua penjawat awam di daerah ini berumur 34 dan 36 tahun di kawasan bandar Tawau pada 21 Mac lalu.

Katanya, suspek yang berada di dalam kereta cuba melarikan diri ketika serbuan dilakukan, namun berjaya ditahan oleh pihak polis.

“Hasil Pemeriksaan di dalam kereta tersebut, menemukan lima bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 1,177.50 gram.

“Turut dirampas dalam serbuan itu, sebuah kereta dan wang tunai berjumlah RM1,292,” katanya.

Sementara itu, Jasmin berkata, ujian saringan air kencing semua suspek mendapati lima daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, manakala dua penjawat awam terbabit pula didapati negatif.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, kedua-dua kes tangkapan ini mempunyai kaitan dari segi sumber jaringan yang sama.

“Semua dadah yang bernilai RM130,000 itu dirampas dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala, semua suspek terbabit ditahan reman selama 14 hari sehingga 3 April depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.158852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list