|
MBAPPE (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan sebelum menentang Ireland. FOTO AFP
Dublin: Kehebatan Kylian Mbappe terus terserlah apabila Perancis memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan membelasah Belanda, 4-0, Jumaat lalu.
Kini, dia mahu mencapai tahap baru apabila Les Bleus berkunjung ke Ireland untuk perlawanan Kumpulan B, awal pagi esok.
Mbappe menjaringkan 38 gol untuk Perancis dan menduduki tangga keenam dalam senarai penjaring terbanyak negara itu iaitu ketinggalan tiga gol di belakang legenda, Michel Platini dan 15 gol di belakang penjaring terbanyak sepanjang zaman, Olivier Giroud.
"Satu penghormatan apabila berada tidak jauh di belakangnya (Platini), tetapi dia adalah sasaran yang akan dilepasi apabila saya meneruskan usaha untuk menduduki tangga teratas," kata Mbappe yang kini menjadi kapten Perancis selepas persaraan Hugo Lloris, Januari lalu.
"Bagaimanapun, Michel adalah legenda dan akan kekal sebagai legenda. Sama ada saya mengatasinya esok atau hari lain, dia tetap Michel Platini."
Mbappe menjaringkan dua gol di Stade de France, Jumaat lalu, apabila Perancis membelasah Belanda dengan cara yang kejam.
Jelas, mereka tidak mahu berhenti di situ saja.
"Kami mahu menunjukkan kemampuan sebagai pasukan hebat, itu adalah identiti kepada generasi ketika ini - ramai pemain memiliki keinginan untuk menjadi paling hebat," kata Mbappe, 24.
Penyerang Paris St Germain itu yang meledak hatrik di final Piala Dunia Qatar 2022 apabila Perancis bangkit daripada ketinggalan 0-2, sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti, tetap menganggap Ireland lawan sukar di Stadium Aviva.
"Perlawanan ini bukan mudah seperti dijangkakan orang ramai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pada-tahap-berbeza |
|