CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12756|Reply: 0

[Sabah] Tanjung Simpang Mengayau dibuka semula awal April 2023

[Copy link]
Post time 24-3-2023 08:50 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Christina (kiri) ketika meninjau projek naik taraf berkenaan.
KUDAT: Tanjung Simpang Mengayau akan dibuka semula kepada orang ramai pada minggu pertama April tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, ianya dibuka semula selepas fasa pertama projek naik taraf yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) selesai pada penghujung bulan ini.

Beliau berkata, kemudahan yang ditambah baik termasuk laluan pejalan kaki berbumbung baharu untuk menggantikan yang sedia ada, tandas untuk orang kurang upaya dan platform penonton yang lengkap dengan tiang elektrik.

“Keselamatan pelancong dan pelawat adalah amat penting, pagar mesti dipasang.

“Lokasi yang berada di luar kawasan ketika ini mesti ditutup sehingga orang awam dibenarkan masuk,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke atas projek naik taraf berkenaan pada Rabu.

Beliau berkata, penyelenggaraan kebersihan alam sekitar dan pengurusan sisa marin diberikan keutamaan dalam projek naik taraf itu.

Christina berkata, kerja-kerja naik taraf fasa satu yang dilaksanakan itu tidak pernah terhenti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Ianya dilaksanakan dengan lancar sejak 5 Disember 2021.

“Kerja-kerja tergendala sikit disebabkan cuaca buruk dan kelewatan penghantaran bahan binaan ke tapak pembinaan,” katanya.

Menurutnya, fasa kedua projek berkenaan akan dilaksanakan serentak pada Julai depan dan dijangka akan siap dalam tempoh enam sehingga 10 bulan.

Menurutnya, fasa dua melibatkan meruntuhkan struktur sedia ada dan pembinaan Pusat Pelawat baharu yang merupakan bangunan utama untuk menempatkan kemudahan seperti lobi, pejabat dan kedai cenderahati.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.386566 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list