CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12778|Reply: 0

[Borneo] Ramai rakyat termiskin gagal disenarai dalam eKasih

[Copy link]
Post time 24-3-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Ramai rakyat termiskin di Sabah khususnya di Tenom masih tidak tersenarai dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ (eKasih).

Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin berkata, banyak aduan diterima daripada pemohon yang layak, mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kelulusan permohonan eKasih.

Menurutnya, lebih mengecewakan ialah sebahagian permohonan mereka ditolak setelah menunggu bertahun lamanya tanpa dinyatakan alasan dan sebab yang munasabah.

"Saya sendiri telah turun mengadakan lawatan dan pertemuan dengan mereka ini (pemohon eKasih) dan mendapati bahawa kehidupan mereka sangat daif serta memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan dengan kadar segera.  

"Justeru, penting untuk mereka (rakyat termiskin yang layak) mendapatkan kelulusan daripada kementerian berkenaan kerana sekiranya permohonan mereka diterima. Sudah pasti, ianya akan memudahkan urusan mereka dalam memohon bantuan lain seperti rumah dihawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), bantuan kebajikan dan rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas pada peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Riduan berkata, dalam beberapa siri lawatan kerjanya di kawasan Tenom, beliau sempat menziarahi orang meninggal. Apa yang menyedihkan adalah si mati, meninggal kerana ketidakmampuannya untuk membayar rawatan di hospital bagi mengubati penyakit kronik yang dihadapinya.

"Akhirnya, beliau terpaksa membiarkan dirinya menanggung kesakitan sehingga ke akhir hayatnya," tegasnya.

Justeru, beliau menggesa sistem pangkalan data eKasih ditambah baik supaya dapat mengenal pasti data yang lebih mikro agar ianya lebih tepat sehingga berupaya untuk menyasarkan individu yang benar-benar memerlukan bantuan bagi mengelakkan keciciran.

Menurutnya, penstrukturan semula sistem eKasih juga perlu dibuat agar ianya lebih bersepadu serta memperbaiki kaedah kelulusan.

Beliau berpendapat, setiap peringkat lapisan kepimpinan terutamanya Ketua Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu dilibatkan secara aktif bagi mengenal pasti inidividu yang layak untuk disenaraikan ke dalam sistem eKasih agar tidak ada individu yang memerlukan diabaikan dan disisihkan.  

"Saya berharap agar kriteria kelulusan sedia ada dikaji semula oleh pihak berwajib memandangkan ramai permohon yang layak namun dinafikan hak mereka agar keadilan sosial yang sewajarnya dapat diterjemahkan kepada mereka," tambahnya.

Riduan juga meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membantu golongan ibu tunggal kerana mereka merupakan antara kumpulan komuniti rentan yang mudah terjejas dengan perubahan ekonomi dan kos sara hidup serta mempunyai pelbagai dugaan dari segi pekerjaan, pendapatan dan kebajikan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.408302 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list