CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6909|Reply: 22

Pengotornya! Hanya Cuci Rumah Beberapa Kali Dalam Tempoh 29 Tahun,Dah 100 Tahun Tak Bersihkan Katil Dan Cadar

  [Copy link]
Post time 24-3-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Cardiff: Bukan dua minggu atau sebulan, sebaliknya katil dan cadar yang dipercayai sudah berusia 100 tahun tidak pernah dibersihkan.


Cornelia Bayley, 74, mendakwa tidak pernah melakukannya sejak menetap di Plas Teg, rumah agam abad ke-17 di utara Wales itu.


Pengakuan itu dibuat ketika muncul dalam satu rancangan 'Obsessive Compulsive Cleaners' pada 2013.




Foto: Agensi




Bekas peniaga barangan antik itu bergelut untuk mengekalkan rumah agam 10 bilik tidur sendirian sebelum meminta bantuan Hayley dan Dann untuk membersihkannya.


Mereka datang untuk tinggal di rumah Cornelia dan cuba memahami tabiat keterlaluan itu dan cuba mencari penyelesaian.


Kedua-dua mereka mengakui ia cabaran terhebat kerana rumah itu dipenuhi kekotoran dan Cornelia mengakui hanya mencucinya beberapa kali sepanjang 29 tahun.


Antara pengakuannya mengejutkan ialah dia tidak pernah mencuci katil atau tilamnya yang dipercayai berusia 100 tahun.


Selepas ditunjukkan bilik tidur, Hayley bertanya bila kali terakhir dicuci dan Cornelia menjawab tidak pernah.


Hayley yang menghidap kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) pada 2007 turut bertanya usia katil itu.


Cornelia menjawab mungkin 100 tahun dan ia cara orang dahulu hidup dengan dia melakukan perkara sama.


Dalam lawatan itu, Dan dan Hayley tidak dibenarkan oleh Cornelia untuk menggunakan sebarang produk pembersih, sebaliknya hanya air dan span.


Hayley berkata, tindakan itu tidak akan membunuh bakteria dan wanita itu memberitahu dia tidak kisah hidup bersama bakteria.


Mengimbas kembali rakaman video YouTube pada 2020, ibu kepada tiga anak itu berkata dia tidak tahu fungsi lain dan hanya boleh menggunakan air.


Katanya, itu adalah halangan pertamanya dan memikirkan bagaimana membersihkan tandas serta apa yang boleh digunakan.


Selepas menyelesaikan cabaran dengan menyental semuanya dengan air dan sedikit cecair pencuci, Cornelia gembira dengan kerja keras mereka.


Plas Teg ditutup kepada orang ramai untuk pembaikan dan Cornelia masih tinggal di situ. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak busuk kepam ke umah tu oii
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:36 PM | Show all posts
Oh i tengok episode ni.  Rumah ni penuh dgn barang2 antique yg dia collect, tapi dah reput2 dia simpan juga.  Bilik air semua tak berfungsi tak tau la camne dia berak.  Kitchen dia tak boleh guna kotor ya amat.  

Nenek ni dia dulu rebutan jantan2 bangsawan dia ni model ke apatah masa muda.  Sampai sekarang ex bf dia ongkaya raya yg maintain hidup dia, kasi duit bayarkan bill etc.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa link youtube dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam pernah tengok kat youtube.. owner tu pun dah berpuluh tahun tak mandi.. dapur semak gile berkerak. carpet penuh debu pasir cleaner nak pakai vacuum cleaner dia pun takut rosak..

Ujung2 masa opening cleaner tu hias letak bunga pasu kaca bagai tapi owner suruh buang.. tak sesuai konsep antik.. bleach cleaner pun tak kasi pakai
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 06:15 PM | Show all posts
rare dan menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi video ni lama dah.. rancangan obsessive complusive cleaner.. nape baru masuk CI.. current issue la sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 24-3-2023 06:05 PM
Apa link youtube dia

https://youtu.be/03pgcpuoisI

Ni link dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 24-3-2023 06:14 PM
Macam pernah tengok kat youtube.. owner tu pun dah berpuluh tahun tak mandi.. dapur semak gile berke ...

Ingat tak derang vacuum carpet yg beratus tahun mengamuk dia.  Dia tak tidur pun atas katil tu dia tidur atas kerusi kat bilik lain yg bertimbun2 barang kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 24-3-2023 06:19 PM
Ingat tak derang vacuum carpet yg beratus tahun mengamuk dia.  Dia tak tidur pun atas katil tu dia ...

Macam2 dia punya don'ts tu. Nyampah tengok cleaner free pun nak marah2 haha.. Yang ingat cleaner pempuan tu bawak sendiri hoover / vacuum heavy duty tapi baru vac sikit dah penuh pasir..

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:51 PM | Show all posts
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 24-3-2023 10:51 PM
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni

Yg ocd tu bukan harley ke? Yg dtg tuk cuci. Tuan rumah tu nama cornelia ke apa ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 12:28 AM | Show all posts
tengok kat youtube, ramai pulak pasangan muda beli rumah agam lama kat kampung2. kemudian sendiri2 renovate sikit2 sampai elok balik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti byk jin kat rumah dan dlm bdn dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu nak komen membina atau kecaman
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 24-3-2023 10:51 PM
OCD rupanya...so x boleh la nak judge org tua ni

Nenek tu hoarder hehe yg depa hantar kemas rumah dia tu ocd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 09:42 PM | Show all posts
Samerosie replied at 25-3-2023 02:06 PM
Nenek tu hoarder hehe yg depa hantar kemas rumah dia tu ocd.

Tu la..baru tgk video tu semalam..i ingat nenek tu ocd
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:44 PM | Show all posts
pittjie replied at 25-3-2023 12:20 AM
Yg ocd tu bukan harley ke? Yg dtg tuk cuci. Tuan rumah tu nama cornelia ke apa ntah.

Ya baru tgk video tu semlm..yg OCD si haley dgn dan...tuan rumah tu hoarder garang yakmat

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 09:46 PM | Show all posts
Lagubestbest replied at 25-3-2023 12:28 AM
tengok kat youtube, ramai pulak pasangan muda beli rumah agam lama kat kampung2. kemudian sendiri2 r ...

Yg adventurous sikit beli mansion/chateau kat france..yg popularkan trend ni si laki bini strawbridge

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 05:15 AM | Show all posts
aiyooo... loyar tekak meolsss





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.063392 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list