CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8710|Reply: 38

Kosert OAG Rugi Besar-Banyak Beri Tiket Percuma, Penganjur Terpaksa Pinjam Ah Long

[Copy link]
Post time 24-3-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Radhi OAG mendedahkan bahawa penganjuran Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Disember lalu mengalami kerugian.


Menurutnya mereka menjayakan konsert tersebut demi peminat biarpun tiket tidak terjual.


Foto: IG




“Bayangkan dua bulan sebelum konsert kami buat promosi tapi tiket tak terjual. Sebenarnya tiket banyak yang kami bagi secara percuma. Orang tak tahu perkara ini, orang ingat tiket terjual tapi tidak.


“Ketika dapat tawaran, saya beritahu tak mahu lakukan kerana kami tiada masa tetapi disebabkan peminat, kami buat juga. Ia satu cabaran buat saya ketika itu.


“Kami juga buat konsert dalam keadaan bajet tidak ada. Sebab kerajaan tidak ada lagi masa itu. Penganjur memang ada, begitu juga dengan penajaan tetapi ia ditarik balik. Tapi, akhirnya kerajaan baharu membantu, Alhamdulillah,” katanya seperti dipetik di XTRA.




  



Dia mendakwa pihak penganjur terpaksa meminjam pada ah long bagi tujuan kos persiapan konsert.


“Pada jam 3 petang hari konsert itu, kami tak dapat siapkan pentas kerana tak cukup duit. Penganjur tanya saya bagaimana dan mereka memberitahu akan pinjam dengan ah long. Saya cakap ia bukan idea yang baik.


“Untuk pengetahuan, pada hari itu juga ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa RM50,000 dan tiket pun banyak kita giveaway (beri percuma)."


Mengulas mengenai pengunduran anggotanya iaitu Qi Razali, Radhi menafikan bahawa terdapat persengketaan ataupun perselisihan faham antara mereka.




  



“Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku. Konsert 30 Tahun Generasiku itu dilakukan dalam tempoh dua bulan termasuk dari sudut promosi.


“Bagi saya apa yang terjadi adalah disebabkan masalah peribadi. Bukan sebab dia bergaduh dengan saya. Kami tak gaduh pun. Kami baru sahaja berjumpa baru-baru ini. Kami tak ada masalah, aman sahaja.


“Cuma apa yang berlaku ketika itu adalah sangat kritikal kerana promosi dijalankan dalam tempoh dua bulan sebelum konsert. Tiba-tiba Pilihanraya Umum (PRU) sedang dilakukan. Tiket tak terjual.


“Dalam kepala Qi, mungkin dia rasa konsert itu boleh berjaya tetapi tidak menepati apa yang diharapkannya,” jelas Radhi. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah. Sendiri buduh.

Selayaknya.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:51 PM | Show all posts
Not releven anymore la

bbnu favor blackputingpink

we wan more

we one more
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 03:54 PM | Show all posts
Kesian plak...tapi kenapa plak pasal PRU orang xbeli tiket? Patut buat dulu kat lokasi kecik sikit baru tau ada lagi peminat ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaaaiii. Kesian yerkk…

Nk buat cmno radi, u pny aura x mcm kak El la radi… kak el buat konsert, jual tiket, nak masuk blk beli tiket, naaaahhh sold out.
Good luck radi oag.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:01 PM | Show all posts
zaman korang dah berakhir
pakcik2 yg minat zaman dlu skrg lebih kepada bedzikir dap dap dap atau beryahanana

generasi skrg layan western dan westernize korean = BARAT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2023 04:02 PM | Show all posts
mereka menjayakan konsert tersebut demi peminat biarpun tiket tidak terjual.


maknanya dah xde peminat lagi yilex.. khatam. delusi apakah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:54 PM | Show all posts
dah tak relevan... lagipun penyanyi utama pun kepam dan sekepamnya... mata terbeliak macam ikan buntal... hidung macam penguin...
ko hengat ko aina abdul? hael husaini? siti nurhaliza?

retis2 bbnu pun boleh terhabis jual tiket... rupa juga faktornya bukan sekadar fanbase kuat dan lagu best... ni 20 tahun tunggu nak tengok  live tup tup penyanyi semua dah kepam... takde nak wangikan diri langsung! baik pergi tengok group kpop walaupun masing2 menyanyi macam binatang... atleast herlokkk dan boleh berair tengok kat konsert tu...

ni? dah la rhoper kacip 24 jam... yang lagu slumber tu pun sah2 pasal kacip kan... yihhh... baik tengok show pasal binatang kat zoo negara yang burung kakak tua pandai mengira tu... lagi best... siap berair plak tengok flamingo kaki panjang ber catwalk seksi2 meminta di tutuh... gittewww!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 05:09 PM | Show all posts
tak maintain buat lagu baru..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali buat kt tmpt2 kecik dulu, tgk mcmana respond dari fans.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
buat venue besar, agaknya ingat mcm butterfingers kot boleh tarik crowd
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 05:53 PM | Show all posts
patut pilih venue kecik sikit... or else collab dgn band lain mcm bunkface ke flop poppy ke... fanbase pun bukannya pondan2 kaya atau bbnu... kerajaan dah tolong pun masih kene hutang dgn ahlong....

cer tgk nek ani... dpt sponsor juta2 nak buat konsert... siap tolong promot rumah harga rm10 lagi... tu tak masuk bantuan kerajaan lagi... ko hadooo??
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-3-2023 04:54 PM
dah tak relevan... lagipun penyanyi utama pun kepam dan sekepamnya... mata terbeliak macam ikan bunt ...

Mostly artis buat kat Zepp. Venue kecik je kapasiti tak sampai 2500 orang pun. Konsert OAG haritu crowd lagi ramai dari tu tapi silal diorang lah buat kat venue besar. Ingat kan still ramai fans kot macam Butterfingers buat kat stadium shah alam pun full house. Tapi silapnya aura diorang tak sekuat Butterfingers plus Radhi pun macam tu haha faham faham lah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sampai pinjam along?? dah byr balik belum? nnt ada yg kena simbah cat merah plak. xbijak lansung
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 24-3-2023 05:53 PM
patut pilih venue kecik sikit... or else collab dgn band lain mcm bunkface ke flop poppy ke... fanba ...

yalah, i terus lupa konsert nek ani tu. jadi ke tidak akhirnya? kata tiket fast selling aritu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:28 PM | Show all posts
lagu diorang masih jadi siulan di bibir aku

kejap2 merpatih putih

kejap2 generasiku

kejap2 slumber, permaisuri

lagu diorang juga masih diputar dalam playlist youtube aku

tapi sayang. lagunya je tinggal kenangan indah

band members walaupun masih ada, tapi maap ler. ni Malaysia, cepat bertukar musim

even generasi artis baru pun dah mula bertukar musim

yang haritu, hari semalam menyanyi, sila siap sedia payung sebelum ditolak ketepi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2023 06:38 AM | Show all posts
hanihan16 replied at 24-3-2023 09:53 PM
yalah, i terus lupa konsert nek ani tu. jadi ke tidak akhirnya? kata tiket fast selling aritu

ditangguhkan until further notice gituhhhh

yihhh dah la time sidang media kemain bongkak ayat dengan nada terpekik2 macam orang bodoh katanyerrr. eh noreeniza dah memang ko bodoh kan selayaknyalah buat konsert pon sendu takde sapa nak tengok takut berjangkit pulak bodoh kau tu kohkohkohhhh



Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-3-2023 04:54 PM
dah tak relevan... lagipun penyanyi utama pun kepam dan sekepamnya... mata terbeliak macam ikan bunt ...

Tapinya kak dud, contoh kau bagi si hael husaini pon teket x laku sampai kene kensel konsert persis nek ani. Camno tuh?

Siti masih oklah konsert banyak, teket masih laku. Aina bendul pon ok² lah selling teket dia laku walaupon bukan sebesar venue axiata.

Tp haelina, jap kata suara x ok. Jap kata x sihat tp dok terkinja2 kat tempat lain. Jap kata berat loceng 30kg. Padahal nya teket x laku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleharmonic replied at 25-3-2023 06:38 AM
ditangguhkan until further notice gituhhhh

yihhh dah la time sidang media kemain bongkak ayat den ...

Amboi...ni nak tarik org datang konsert ke nak maki org masa konsert nanti. Taccooooodddd. Yg nak dtg terus x jd dtg dgr nek ani bertempik tempik
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-3-2023 03:22 PM
Ah. Sendiri buduh.

Selayaknya.

Tak laku sb tak promo elok elok.  Old timer ada cakap yang mereka tak nak pegi sebab tak kuasa tengok yg nyanyi ni haaaa. Nak target budak muda ke? Ingat budak muda nak pi ka kalau tak cukup gah. Even free pon. Lain kali buat showcase je. Acab pon tak buat konsert walaupon yg tu confirm ramai peminat tegar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064871 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list