CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5800|Reply: 3

Masih Tiada Petunjuk Baru, Operasi SAR Lelaki Hilang Ketika Pikat Burung Buntu

[Copy link]
Post time 24-3-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Masih tiada petunjuk baru ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengenai kehilangan Azani Alias, 37, ketika memikat burung di hutan Bukit Sudu dekat Kampung Pondok Lalang.


Menurut beliau, pasukan carilamat berdepan kesukaran berikutan bentuk muka bumi yang ekstrim sekaligus menyukarkan usaha menjejaki Mohd. Azani yang hilang selepas memasuki ke dalam hutan terbabit pada Isnin lalu.




Azani - Utusan




“Operasi SAR yang dilancar sejak menerima laporan kehilangan mangsa pada Selasa lalu belum berhasil dan kami masih tidak dapat mengesan lokasi mangsa walaupun telah membahagikan pasukan mencari di kawasan bukit mengikut zon.


“Radius pencarian telah diperluaskan meliputi jarak dua kilometer dari tempat motosikal mangsa dijumpai iaitu berhampiran kawasan laluan denai dan anak sungai.


“Pasukan SAR menghadapi cabaran hutan simpan yang tebal dan berbukit-bukau sekaligus membahayakan keselamatan pegawai dan anggota terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau menjelaskan, operasi SAR akan diteruskan hari ini dengan kekuatan lebih 86 pegawai dan anggota agensi menyelamat serta turut dibantu tiga ekor anjing unit pengesan (K9).


Mohd. Azani dilaporkan hilang ketika keluar memikat burung di dalam hutan terbabit dengan laporan polis dibuat ahli keluarganya pada awal pagi Selasa lalu setelah 24 jam tidak pulang ke rumah.


Pencarian penduduk kampung membawa kepada penemuan sebuah motosikal merah jenis Honda EX5 di kawasan denai dan anak sungai dipercayai milik mangsa berserta sebilah pisau.


Menurut abang mangsa, Mohd. Zuhaidi, 41, mangsa sempat menghantar gambar kawasan pokok getah dan seekor burung melalui ‘Whatsapp’ sebelum gagal dihubungi kira-kira 10 pagi Isnin lalu.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsome kau dek. Sayangnya dah hilang dek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak bunian terpikat kat kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key: Handsome kau dek. Sayangnya da ...


Nak ckp tapi tahan aje laa... Selamat berpose
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.238721 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list