CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6187|Reply: 3

DBKL Ambil 120 Sampel Makanan Di 62 Bazar Ramadan Untuk Dianalisis

[Copy link]
Post time 24-3-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode
120 sampel makanan akan diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara rawak di 62 bazar Ramadan di seluruh ibu negara bagi memastikan makanan dijual tidak tercemar sekali gus menjamin keselamatan dan kesihatan warga kota.




Gambar hiasan - Borneo Post




Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah, ia akan dilakukan secara berjadual setiap hari untuk dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan DBKL (FoSAC).


Beliau berkata pengambilan sampel juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat aduan atau kes keracunan makanan.


"Sekiranya terdapat sebarang pencemaran, kompaun akan dikeluarkan dan menyenarai hitamkan penjaja terbabit serta tidak dibenarkan mendapat lesen bazar Ramadan tahun depan," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 di Taman Tasik Permaisuri di sini hari ini.


Beliau berkata tindakan itu adalah di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Petempatan Makanan 2016, UUK Pengendali Makanan 1979, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.


Mahadi berkata berdasarkan rekod terdapat 19.1 peratus pencemaran sampel makanan di bazar Ramadan dikesan pada tahun lepas yang menunjukkan penurunan berbanding 20.4 peratus pada 2021 dan 31.9 peratus pada 2019.


"Ini menunjukkan operasi seumpama ini sangat berkesan bagi mengawal kualiti dan keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan," katanya.


Terdahulu, Mahadi melancarkan kempen Sifar Plastik Sekali Guna adalah kesinambungan larangan dan penguatkuasaan penggunaan beg plastik, straw plastik dan bekas polisterina yang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan sejak 2017.


Menerusi kempen tersebut, warga kota digalakkan membawa sendiri bekas dan beg guna semula semasa membeli-belah.


Larangan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap penjaja yang menjual barangan atau menggunakan beg plastik, straw plastik dan bekas polisterina.


Dalam pada itu, Mahadi berkata DBKL juga memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah yang membabit lapan peniaga trak makanan di tapak diluluskan iaitu di Jalan Raja, manakala 33 peniaga lagi di belakang Kompleks Campbell dan kawasan letak kereta Lot 4, Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR).




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 03:59 PM | Show all posts
BUAT APA AMBIK SAMPLE RAMDAHAN PERTAMA....
KALAU BETUL2 NAK AMBIK SAMPLE...AMBIK TIME SEMINGGU RAMDHAN....
TIME TU BARU TAU...BRAPA BYK PENIAGA JUAL MAKANAN 2-3 HARI LEPAS...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:07 PM | Show all posts
Ntah nyaa....Ambik la minggu kedua atau ketiga...Time ni byk yg kena recycle. Kira punya kira, tak balik modal lagi so kurangkan kualiti barang jualan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:11 PM | Show all posts
selain cek sample mknan cek jgk cara dia masak..mknan xsemggah roti jhn ksg..martabak hangit..elok kena kompaunpeniaga mcm nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.214625 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list