CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5327|Reply: 1

Orang Daerah Lain Sanggup Datang Nak Ambil Beras Percuma

  [Copy link]
Post time 24-3-2023 12:39 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu prihatin dengan kenaikan harga barang dan mengambil inisiatif mengumpulkan wang bersama keluarga untuk mengagihkan 500 kampit beras percuma kepada golongan memerlukan.


Pengurus Gemilang Speed Mart, Siti Fatimah Mohamed Farook berkata, pada hari pertama Ramadan, 350 kampit beras seberat lima kilogram setiap satu diagih.








"Kami menerima banyak maklum balas selepas memuat naik status (hantaran) mengenai agihan beras percuma di laman Facebook semalam (Khamis).


"Ramai yang datang ke kedai untuk ambil beras. Mereka yang datang bukan sahaja dari Kuala Terengganu, paling jauh yang datang dari daerah lain seperti Kuala Berang dan Setiu. Malam tadi pun tiga, empat orang yang datang untuk ambil beras," katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.


Pembekal barangan runcit dan borong itu berkata, antara yang datang ke kedainya untuk mengambil beras percuma ialah seorang lelaki yang mengalami strok.


"Saya tersentuh apabila seorang pak cik datang beritahu mahukan beras. Tak sangka idea untuk agih beras percuma secara kecil-kecilan bersama tujuh lagi adik-beradik mendapat sambutan hangat. Setakat ini status itu telah mendapat lebih 100 perkongsian.


"elbagai latar belakang yang datang untuk ambil beras yang diberikan secara percuma. Ada juga yang dari madrasah-madrasah. Sebenarnya memang ramai lagi yang susah dan terpaksa berjuang untuk berdepan dengan kenaikan harga barang," ujarnya.


Peniaga itu memberitahu, kenaikan harga beras terutama menjelang Ramadan memberikan kesan bukan sahaja kepada pelanggan malah kepada peniaga sepertinya.


"Harga beras yang kita ambil dari ejen terutamanya beras Jati naik RM1.20 bagi yang kampit 10kg dan 80 sen hingga RM1 bagi yang 5kg. Pernah juga berlaku dua kali kenaikan harga dalam sebulan terutama menjelang puasa," katanya yang telah berniaga sejak 20 tahun lalu.


Siti Fatimah berkata, selain beras, dia dan keluarganya juga berhasrat untuk mengagihkan set barangan keperluan dapur kepada golongan memerlukan.


"Setiap kali Ramadan biasanya saya dan keluarga akan bincang untuk ambil inisiatif bantuan untuk berikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.


"Macam tahun lepas saya agihkan kuih donut untuk pelanggan. Insya-ALLAH tahun ni saya agihkan beras dan pada 10 Ramadan nanti kita akan agihkan pula pek barangan keperluan dapur.


"Saya sebenarnya dah lama berniat untuk buat ni. Saya ambil masa lima bulan kumpul duit hasil dari sumbangan pelanggan dan saya tambah duit dari kedai saya untuk hasilkan pek bantuan yang akan diagih kepada orang susah," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 12:54 PM | Show all posts
bagus laaa
moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan bersedekah

utk yg bkn tahap 'memerlukan' tu, xyah la ambik
timbang2 tgk rasa layak ke tak
patut ke tak patut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.372613 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list