CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4956|Reply: 2

Kelab Malam Dan Pusat Urut Tak Boleh Beroperasi Sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 24-3-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Pihak berkuasa Jakarta mengeluarkan larangan kepada kelab malam dan pusat urut di ibu kota berkenaan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan.




Gambar hiasan




Detik News melaporkan, Ketua Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri, Andhika Permata berkata, beberapa jenis perniagaan dilarang beroperasi bermula sehari sebelum Ramadan sehingga hari pertama Aidilfitri.


"Antara perniagaan terbabit seperti kelab malam, disko, spa, rumah urut, pusat sukan, pusat permainan elektronik serta bar.


"Bagaimanapun, larangan dikecualikan bagi bar di hotel bertaraf empat bintang ke atas dan kawasan komersial serta tidak berdekatan dengan kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Arahan itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling Ketua Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri pada 21 Mac lalu.


Menurut surat berkenaan, pengusaha diminta menjaga ketenteraman sepanjang Ramadan.


Pengusaha perniagaan pelancongan juga diminta mengekalkan suasana tenteram sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri.


Bukan saja mengawal waktu operasi, surat pekeliling itu turut mengandungi peruntukan penganjuran perniagaan pelancongan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahu ber ibadat tetapi tutup rezeki orang (kapir)... Tidak boleh buat restriction saja kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 12:49 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 24-3-2023 12:45 PM
Mahu ber ibadat tetapi tutup rezeki orang (kapir)... Tidak boleh buat restriction saja kah

indonesia agma rasmi  islam, kena la hormati status agama islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list