CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4472|Reply: 4

Bolot Tapak Bazar, DBKL Sisasat Ayahanda Kaut Untung Berlipat Kali Ganda

[Copy link]
Post time 24-3-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat dakwaan individu atau ejen bergelar 'Ayahanda'tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri.


Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL berkata, terdapat dua tempat anjuran dan seliaan pihaknya iaitu di Bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) serta bazar Ramadan di tempat letak kereta Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak.


Katanya, bazar Rahmah lot 4 @ Lorong TAR dan Jalan Gereja, Dataran Merdeka adalah seliaan persatuan.


"Selain itu, bazar Ramadan di 63 lokasi lain juga adalah selian persatuan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harian Metro.




Gambar Hiasan




Harian Metro sebelum ini melaporkan adanya individu atau ejen bergelar 'Ayahanda' yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri.


Individu itu membolot tapak bazar Ramadan dan tapak bazar Aidilfitri yang diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya serta dijual kepada pihak ketiga dengan harga tinggi.


DBKL berkata, bagi menangani permasalahan ini, pelbagai usaha serta inisiatif sudah diambil antaranya menyediakan borang khas untuk pengisytiharan kadar caj dan bilangan peniaga di kawasan yang diselia bagi memudahkan kawalan, pemeriksaan dan pemantauan.


"Kadar bayaran yang dikenakan bagi bazar seliaan DBKL adalah sebanyak RM980 bagi bazar Ramadan dan RM1,980 bagi bazar Aidilfitri.


"Kadar bayaran ini adalah termasuk fi lesen, caj perkhidmatan pembersihan, sewa tapak dan pembekalan kanopi yang akan diberikan terus kepada peniaga," katanya.


Tegasnya, jika terdapat pelanggaran syarat bagi lokasi di bawah seliaan DBKL, tindakan kompaun akan dikenakan.


"Dan jika terdapat kes 'sublet' atau penjualan semula petak niaga, peniaga itu akan disenarai hitamkan.


"Bagi kes-kes pelanggaran syarat di bawah seliaan persatuan, tindakan pemotongan deposit dan kompaun turut diambil," katanya.


DBKL turut memaklumkan pihaknya menyambut baik cadangan yang dikemukakan bagi menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.


"Cadangan untuk menyenarai hitamkan individu, persatuan yang melanggar syarat atau menyalahgunakan kelulusan penganjuran sudah dilaksanakan oleh DBKL.


"Begitupun, pemantauan dari semasa ke semasa akan sentiasa dilakukan dan diperketatkan agar tiada mana-mana pihak terbeban dengan kos tambahan yang wujud disebabkan salah laku daripada individu, persatuan yang tidak bertanggungjawab," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 12:56 PM | Show all posts
Eleh siasat la sgt. Tetiap tahun ada je ayahda
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Siasat.. ? Takkan baru tau kot…

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah tunggu masuk church untuk lemahkan iman! ????????

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:30 PM | Show all posts
Edisi Siasat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.409660 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list