Datuk Aaron Aziz yang kini menjadi perhatian selepas kontroversi tercetus dengan Syamsul Yusof, tampil bersumpah bersaksikan al-Quran menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dengan pengarah itu.
Kedit foto: IG
Pelakon itu mendakwa diminta Syamsul untuk menguruskan badannya sehingga terpaksa mengambil beberapa suntikan demi menjayakan filem The Original Gangster.
Kedit foto: IG
“Kau hantar mesej dekat aku tunjuk gambar nak (susut badan) macam itu. Aku balas balik dalam WhatsApp, kalau nak badan macam ini kena cucuk.
“Kau cakap pergi cucuk. Berapa banyak aku dah pergi cucuk,” katanya dalam siaran video di akaun Instagram miliknya pada Khamis yang dipetik Sinar Harian.
Dalam masa sama, Aaron menunjukkan beberapa jarum digunakannya untuk menyuntik diri sendiri bagi mendapatkan susuk tubuh ideal seperti dikehendaki Syamsul.
Dia juga memegang al-Quran untuk bersumpah apa yang diperkatakannya adalah benar belaka.
Pada Khamis, Syamsul akhirnya menjawab teka-teki mengapa Aaron digugurkan daripada barisan bintang filem berkenaan.
Syamsul mendedahkan tindakannya menggugurkan Aaron kerana beberapa faktor, antaranya pelakon kelahiran Singapura itu 'sudah berusia dan gemuk' selain masalah kesihatan. - CARI
janggut dia da.. yg belen2 bleach color tu.. tu na ...
Oh..ok2..
Tak play video tu jadi tak nampak tu sbnrnya janggut dia
Tngok gambar still yg 3 kat atas tu, tak kelihatan spt janggut disitu...maybe mata meols tak beri kerjasama bulan2 pose ni
Post time 24-3-2023 11:43 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dapatkan payment je lah dah cukup pak harun oi. Memang genre filem ni dah so yesteryears. Bakalan flop jugak nanti sebab penuh kontroversi. Asalkan laki si ira kaza tepek polident tiap pagi tu bayar, cukup lah.
Post time 24-3-2023 11:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nampaklah effort AA tu nak kurus. Takper lah Aaron ..syukurlah u dah stop dgn Samdol tu. Dia tu anak derhaka..aniaya anak isteri....so tak payah nak associate urself dgn dia...apa2 dia buat nanti dah tak berkat....just stay away jer.