CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14799|Reply: 0

[Sabah] Rumah atas air musnah terbakar

[Copy link]
Post time 23-3-2023 08:59 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Rumah atas air yang musnah dalam kebakaran tersebut.

TAWAU: Sebuah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas, di sini kira-kira jam 3.40 pagi, tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.58 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba bertindak merobohkan dinding sebuah rumah berhampiran bagi mencegah api merebak dengan cepat.

“Pasukan bomba menggunakan sumber air daripada jentera dan air laut dalam operasi tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kepantasan anggota bomba dan teknik meroboh dinding rumah berhampiran berjaya menyelamatkan beberapa rumah daripada musnah terbakar.

“Hanya sebuah rumah sahaja yang musnah dalam insiden tersebut dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.20 pagi,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.110878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list