CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14813|Reply: 0

[Sabah] Pesawat mendarat cemas, penumpang, anak kapal selamat

[Copy link]
Post time 23-3-2023 08:56 PM | Show all posts |Read mode


SELAMAT: Pesawat yang mengalami masalah enjin mendarat cemas dengan selamat di LTAKK.

KOTA KINABALU: Seramai 92 penumpang dan anak kapal sebuah pesawat dari Filipina dilaporkan selamat selepas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini semalam.

Pesawat terbabit yang berlepas dari Cebu Filipina pada jam 7.55 malam dipercayai mengalami masalah enjin bahagian kiri pesawat ketika penerbangan.

Akibat dari kejadian itu, juruterbang pesawat berkenaan membuat pendaratan cemas dengan selamat di LTAKK pada jam 10.22 malam.

Difahamkan pesawat berkenaan dijadualkan mendarat di Singapura.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) LTAKK pada jam 9.49 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi berkenaan.

"Keadaan terkawal dan pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang dan anak kapal selamat.

"Siap siaga di lapangan terbang ditamatkan pada jam 10.29 malam," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.175264 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list