CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3012|Reply: 3

Penternak Muda Tumbang 10 Lembu, Jual Harga 'Rahmah' Sempena Hari Pertama Ramadan

  [Copy link]
Post time 23-3-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode
10 lembu ternakan ditumbangkan penternak muda dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh, Gua Musang yang kemudian menjualnya pada harga 'Rahmah' iaitu RM25 sekilogram sempena hari pertama bulan Ramadan.


Raja Mohd Paris Raja Ismail, 35, berkata, sebanyak 1.5 tan metrik daging segar berjaya dijual dalam tempoh dua jam sahaja dan kebanyakannya sudah ditempah awal.




Raja Mohd Paris (dua, kanan) menumbangkan 10 ekor lembu ternakan dan menjual daging segar pada harga 'Rahmah' iaitu RM25 sekilogram sempena menyambut hari pertama Ramadan.




"Harga daging segar di sini biasanya mencecah RM35 sekilogram.


"Tetapi sempena hari ini (Khamis) serta menyambut seruan kerajaan dalam meringankan beban rakyat, saya beri potongan RM10," katanya kepada Sinar Harian.


Menurut anak muda ini, pada awalnya dia hanya merancang untuk menyembelih enam ekor lembu sahaja, namun permintaan tinggi daripada penduduk sekitar memaksa dia untuk menambah empat ekor lembu lagi.


Ujarnya, sudah menjadi tradisi rakyat Kelantan apabila menyambut puasa, mereka akan menjadikan daging lembu tempatan segar sebagai hidangan semasa bersahur.


Dalam perkembangan lain, Raja Mohd Paris memberitahu, dia mula berjinak dalam bidang ternakan pada tahun 2013 dan kini memiliki lebih 200 ekor lembu.


Katanya, sebaik tiba bulan Ramadan sejak tiga tahun lalu, dia akan menjual daging segar dengan harga murah berbanding hari biasa bagi membolehkan orang kampung menikmatinya sebagai sedekah kepada orang ramai.


"Kebiasaannya, pada Hari Raya Aidiladha, saya akan menjual lebih 30 ekor lembu untuk tempahan ibadah korban," katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
org kelantan makan mewahh. dgg segar je makan. dgg import kurang makan dan tak lalu sgt nk mkn sbb dgg segar senang didapati locally. tu pun walanon liberalcai duk kecam kel pdhl sengkek duk rumah merpati makan dgg kartel je. sedeyyyhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:28 PM | Show all posts
sedekah membawa berkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmlantakko replied at 23-3-2023 03:10 PM
org kelantan makan mewahh. dgg segar je makan. dgg import kurang makan dan tak lalu sgt nk mkn sbb d ...

Kelantan makan mmg murah + sedap.
Portion pun banyak..kelantan menang bab makan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.501729 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list