CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11901|Reply: 0

[Tempatan] Bubur lambuk Kampong Bharu 'on' seperti biasa

  [Copy link]
Post time 22-3-2023 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 22-3-2023 11:31 PM


Penyediaan bubur lambuk Masjid Jamek Kampong Bharu pada tahun lepas. (Gambar kecil: Mohamad Syamim)

KUALA LUMPUR - Dicari setiap kali tibanya Ramadan, tradisi edaran bubur lambuk secara percuma di Masjid Jamek Kampong Bharu diteruskan seperti biasa.

Setiausaha Masjid Jamek Kampong Bharu, Mohamad Syamim Mohd Hussin berkata, sebanyak 15 periuk bubur lambuk akan dimasak dengan edaran hingga 3,000 bungkusan setiap hari bermula 1 Ramadan.

"Persiapan telah dijalankan sejak tiga minggu lalu termasuk mendapatkan penaja dan sebagainya. Alhamdulillah setakat ini, kita menerima tajaan bekalan gas, beras dan minyak masak.

"Bagi melancarkan program, kami membuat tempahan awal bahan basah seperti daging, bawang dan lain-lain kepada pembekal sama setiap tahun bagi memastikan tiada masalah bekalan sepanjang program berlangsung, " katanya pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 10 tukang masak dan 10 petugas pembungkusan akan terlibat dalam penyediaan bubur lambuk berkenaan pada tahun ini.

Ujarnya, pihak masjid mengalu-alukan khidmat sukarelawan namun berharap mereka memaklumkan lebih awal bagi mengelak petugas terlalu ramai yang boleh menyebabkan kesesakan di bahagian dapur masjid.

Ditanya berkenaan kos operasi, beliau berkata, berlaku kenaikan sebanyak RM100 bagi penyediaan setiap satu periuk bubur lambuk susulan kenaikan harga barang yang tidak dapat dielakkan.

"Bagaimanapun, ada hari-hari tertentu kuantitinya dikurangkan seperti Sabtu dan Ahad namun pada hari-hari biasa, bubur lambuk dimasak secara maksimum sebanyak 15 periuk," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihak masjid melaksanakan program Ihya Ramadan seperti tadarus, qiamullail dan tarawih seperti kebiasaan.

Selain itu katanya, juadah percuma bagi buka puasa dan sahur kepada 200 orang disediakan secara percuma pada setiap hari sepanjang Ramadan.

Beliau berharap, peralihan fasa endemik Covid-19 dapat dimanfaatkan umat Islam sekitar kawasan itu untuk sama-sama melakukan ibadah di bulan penuh keberkatan itu.

"Fasa endemik kini sudah tiada sebarang halangan dan garis panduan juga sudah dilonggarkan. Tiada lagi had kapasiti jemaah, penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka, maka tiada alasan untuk tidak bertarawih beramai-ramai di masjid.

"Alhamdulillah, jemaah solat fardu juga semakin ramai, harap tarawih juga begitu, sekurang-kurangnya 1,000 jemaah setiap malam," katanya.

Tambahnya, Masjid Jamek Kampong Bharu mampu memuatkan sehingga 8,000 jemaah.

https://www.sinarharian.com.my/article/250978/edisi/selangor-kl/bubur-lambuk-kampong-bharu-on-seperti-biasa

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.200038 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list