CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5645|Reply: 15

Puasa 360 Hari Nak Hilangkan Dosa- Lelaki India Muka Gangster Peluk Islam Bikin Ramai Terharu

[Copy link]
Post time 22-3-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki berpenampilan macam gengster mengundang rasa terharu orang ramai apabila dia mengambil keputusan memeluk agama Islam.


Menggunakan nama akaun TikTok @mukagangster, Muhammad Mikhael Sathayah berkongsi kisah penghijrahan pada aplikasi media sosial tersebut.


Foto: Tiktok




Lebih mengharukan apabila ibu pemuda tersebut juga bersetuju dan menghormati keputusan Muhammad Mikhael Sathayah untuk memeluk agama Islam walaupun pelbagai tomahan dan kecaman yang diterima.


“Sepanjang hidup semenjak kecil, kekosongan di hati, jiwa ini mencari apakah erti kehidupan. Kenapa saya bukan macam orang lain. Saya cuba mengisi kekosongan, tetapi kesakitan yang makin hari makin menjadi-jadi.


“Di luar nampak berjaya bekerjaya, tetapi dalam hati saya kesakitan. Apa yang kurang, saya sayang mak saya. Emak saya segala-galanya bagi saya. Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi.


“Terdengar suara yang indah ‘aku yang cipta kamu, tapi ini aku berikan kepada kamu, terima sajalah’. Apakah maksud soalan itu, saya tertanya-tanya, apakah jawapan untuk soalan itu. Saya rasa saya tahu, tapi saya masih tidak mahu menerima,” katanya menceritakan kisah tersebut menerusi video pada TikTok.







Lelaki itu berkata, dia mencari dan mengejar dunia, namun merasakan hatinya semakin hari semakin kosong serta semakin gelap jiwa.


“Mencari jiwa yang hilang, kenapa aku ke sini. Sampai dah dapat jawapan, saya bagi tahu mak, mak saya nak masuk Islam. Mak terdiam, terkejut lepas itu mak senyum dan beri kebenaran.


“Terima kasih mak, terima kasih kerana menerima saya. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ini sebab mak terlalu manjakan saya.


“Bukan mak, mak seorang mak yang baik, terima kasih mak. Makin hari mak nampak saya semakin tenang. Mak sentiasa bersama saya, mak hadiahkan saya sejadah dan mak juga teman saya ke masjid. Terima kasih mak, walaupun kita berlainan agama, mak tunggu di luar masjid,” katanya.







Muhammad Mikhael Sathayah memberitahu ibunya keadaan cuaca yang panas apabila terpaksa menunggu di dalam kereta, namun wanita itu tidak kisah.


“Terima kasih mak, mak tak hiraukan saudara-mara, mak tak hiraukan cakap sesiapa, mak terima saya. Saya dapat beli rumah sebelah rumah mak sebab saya tak nak tinggalkan mak. Rezeki mak, saya nak berjiran dengan mak. Rezeki Allah mak. Sekarang anak mak tenang, jiwa tak kosong, rasa penuh jiwa ini. Terima kasih mak masih bersama saya.


“Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun, walaupun Islam larang. Saya puasa 360 hari (kecuali) raya Aidilfitri dan raya haji. Hari-hari lain saya puasa, saya nak hilangkan dosa. Sampaikan saya sakit, Islam melarang paksa puasa,” katanya dengan nada sebak selain berterima kasih kepada individu-individu yang banyak membantunya.


Dalam pada itu, dia turut berharap dan berdoa supaya kekal istiqamah di atas jalan Allah selain memohon orang ramai mendoakan ibunya.







“Mak saya baik sentiasa bersama saya, walaupun kami berlainan agama. Saya sayang mak saya dan mak saya sayang saya. Hidayah milik Allah, terima kasih semua, inilah kisah saya,” katanya.


Sementara itu, ruangan komen milik TikTok lelaki tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif dan rata-ratanya tersentuh dengan perkongsian penghijrahannya.


“Tersentuh hati dengar kisah abang. Tahniah abang, bukan semua dapat hidayah daripada Allah dan diterima. Mak abang memang terbaik,” kata Ana Melina.


“Video awak sangat menyentuh hati, jiwa dan nurani. Itulah hidayah yang Allah nak bagi. Semoga sentiasa istiqamah saudara baruku,” komen EmmaLambongStore.


Sebelum ini, pemuda tersebut sering tular di aplikasi Tiktok memaparkan video kandungan manja bersama ibunya selain menyukai warna merah jambu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...Dialah Segalanya..semuanya dari Dia kepada Dia..hanya berkaitan Dia..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiseh...sis takleh la tgk2 yg syg mak ni...mata berair...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus mata masuk habuk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 video dia masuk fyp rasa kelakar je.sbb muka gangster tp bilik pink.mak suap mkn.
Lepastu cmne tah ada org tanya dia islam ke.then dia buat video mcm mana dia masuk islam.mmg xsangka.dgn badan brtatu mcmtu
Tp nmpk dia dia sayang mak dia.sanggup beli rumah sebelah rumah mak.mak pon baik je xmarah dia masuk islam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:54 PM | Show all posts
Menangis aku bila sampai part sudara-mara mengutuk mak dia tak pandai jaga anak sampai convert ke muslim.. pastu mak dia sanggup tunggu dia selesai solat di masjid dalam kereta tengah cuaca panas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Puasa setahun.. huhu kuatnya semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I'm not crying, you are

Ni baru bebetul muka gangster sebab ada rel keretapi melintang kat muka

Kalau setakat ada jabuk cam mamu tu kunun acah gangster sembang lebat tapi bila mengadap set paki sskjp, terus jadi tikus kesurupan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 02:37 PM | Show all posts
alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:02 PM | Show all posts
alhamdulillah.. sayu nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:09 PM | Show all posts
harap penunggang agama x amik kesempatan atas brader nih...
dia masuk Islam lama dah....
tapi skrg berdoyon2 ostad jumpa dia demi konteng...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 03:58 PM | Show all posts
semoga  kau istiqamah bang
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 04:07 PM | Show all posts
lawak dia nih. mak dia pun comel je
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 05:11 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur. Org Ipoh rupanya ye.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang betul dgn ibundanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:10 AM | Show all posts
semua konten puihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065719 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list