View: 15548|Reply: 41
|
M40 Pun Tak Tahan Yuran Tadika Mahal, Berebut Hantar Anak Ke Prasekolah
[Copy link]
|
|
Ramai ibu bapa termasuk golongan M40 berebut mahu menghantar anak ke prasekolah berikutan yuran Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) yang semakin mahal di kala kos sara hidup semakin mencanak.
Situasi itu dapat dilihat apabila banyak permohonan dibuat ibu bapa tahun ini selain mereka memohon kerajaan memperbanyakkan kelas prasekolah.
Menurut Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad, prasekolah menjadi rebutan pertama kerana tiada yuran dikenakan berbanding tadika swasta yang semakin tinggi yuran setiap tahun.
Gambar hiasan
“Mana ibu bapa nak tahan, kalau anak ramai bersekolah.
“Kedua, ibu bapa semakin yakin dengan silibus prasekolah yang mengikut Kementerian Pendidikan, malah guru besar juga sentiasa memantau perkembangan murid-murid ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambah Zainol, faktor lain yang membuatkan prasekolah menjadi pilihan ramai walaupun hanya diberi kepada pelajar golongan kurang berkemampuan termasuk B40 sahaja adalah kawalan keselamatan di sekolah.
“Selain itu, prasekolah juga memberi pendedahan awal terbaik untuk kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar nanti daripada segi persekitarannya,” ujarnya.
Kata Zainol, ibu bapa yang terpaksa menghantar anak masing-masing ke tadika swasta bukan sahaja dibebani dengan kos yuran yang tinggi, malah perbelanjaan lain termasuk tambang pengangkutan.
“Tempat prasekolah memang terhad jadi kita mahu cadangkan kepada kerajaan jika berkemampuan selepas ini perbanyakkan kelas prasekolah.
“Selain daripada segi penempatan, anak-anak kita dapat pembelajaran yang lebih sistematik dan memenuhi aspirasi pendidikan negara pada usia masih muda,” jelasnya.
Tambahnya, permohonan kemasukan murid ke prasekolah juga agak ketat dan pemilihan akan dilakukan secara menyeluruh oleh pihak sekolah.
Dalam pada itu, menurut Pengarah Pendidikan negeri, Rozaini Ahmad, seramai 13,667 murid diterima masuk ke prasekolah di seluruh Kedah bagi sesi baharu persekolahan yang bermula kelmarin.
“Kita mengakui menerima banyak permohonan untuk kemasukan ke prasekolah ini, malah ada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka seawal usia lima tahun.
“Namun, kelas prasekolah kita masih terhad dan berharap pada masa hadapan kelas ini akan diperbanyakkan,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur anak sorang so rasa cam segan gila nak hantar playschool kerajaan, ialah takut ambil hak orang yang lebih memerlukan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dpt memang teringin tp apakan daya |
|
|
|
|
|
|
|
iols terpaksa hantar pra sebab itu the best choice, tadika swasta dekat2 rumah semua penuh. yang ada kosong jauh pulak, susah nak ambik hantar. subur betul mak mak di kejiranan iols ni |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 21-3-2023 09:58 PM
iols terpaksa hantar pra sebab itu the best choice, tadika swasta dekat2 rumah semua penuh. yang ada ...
Macam terbalik pulak kes uolss ni. Kalau kat tempat iolss, pra penuh. Tadika swasta ada la kosong. Pra yg kat rumah iolss ni strict sikit. Anak cikgu yg sekolah situ pun tak dapat pra kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah mohon, sekolah call kata maaf ye puan permohonan tidak berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baru tahun ni Cuba anak utk masuk pra
Tapi anak iols 5 tahun dah..masuk tadika dkt rumah ni je..
Cuba nasib.
Kalau dpt..dpt la..kalau tak dpt..teruskan aje tadika yang sekarang...
Anak iols happy je masuk skola..dia happy..iols pung happy..haha |
|
|
|
|
|
|
|
iols cuba riki2 jugak pasal pra sekolah sebab anak dah 3y tahun depan 4y.
taska sekarng ni ada sampai 6y tapi ingat 4y-6y nak ke tadika pasti je la
murah berganda2 dalam rm145 sebulan. then ada transit pulak tu. okay la kan. maybe total dalam rm300 400 je. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg mahal mengalahkan apa tadika swasta ek... masuk U pun aku tk rasa mahal mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
anak aku prasekolah kt sini siapa cepat dia dapat, kebetulan sebelah tempat kerja aku
jadi aku uruskan lah dia dri gie sampai balik, pas hbs pra duduk dgn aku |
|
|
|
|
|
|
|
iollss alhamdulillah dapat pra untuk dua tahun..sbab tadika lain2 jauh dri tempat iollss..da la duduk kampung kat pedalaman so dpat la merasa sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh try untuk tahun dpan..daftar kat website dalam bulan mei ni
|
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 21-3-2023 07:56 PM
Syukur anak sorang so rasa cam segan gila nak hantar playschool kerajaan, ialah takut ambil hak oran ...
Iteww pun dengarnyer anak org lain....dijadikheun anak angkat...
Apa betul kewww?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 22-3-2023 07:23 AM
Iols baru tahun ni Cuba anak utk masuk pra
Tapi anak iols 5 tahun dah..masuk tadika dkt rumah ni je. ...
Semoga jadi org dah besar nanti...jgn jadi mongek...terlonjat lonjat macam maknyer....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 22-3-2023 10:51 AM
Masa anak sulong tak dapat pra
Tadika perpaduan pun tak dapat
Anak no 2 try minta 2 kali masa umur 6 tahun baru dapat
Terkejut gak dapat.
Iols hantar awal2 permohonan 1/3 bukak tu iols dah submit awal.
So sapa2 nak masuk pra cuba la hantar awal2.
Insya Allah ada rezeki mana tau.
Kalau kawasan pinggir bandar byk je kekosongan utk pra dan tadika kemas
Takyah nk pilih2 pun siapa hantar permohonan maka dapatla. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 22-3-2023 10:32 AM
boleh try untuk tahun dpan..daftar kat website dalam bulan mei ni
Bkn ke bulan 3, iaitu skrg?sbb cikgu pra sek anak iols ada je bg info utk kemasukan tahun depan dah boleh mohon 1/3.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh, yeke?yg iollss dapat info bulan mei sma dgan pendaftaran darjah satu..maaf klu iollss salah..
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib anak aku da tahun satu,cuma skrg ni berebut plak kafa kat sekolah rendah |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 22-3-2023 10:49 AM
oh, yeke?yg iollss dapat info bulan mei sma dgan pendaftaran darjah satu..maaf klu iollss salah..
...
Ya darjah 1 tu yg tangguh plak bulan mei, tp pra ni mmg dah dibuka 1/3 aritu.
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 22-3-2023 10:49 AM
nasib anak aku da tahun satu,cuma skrg ni berebut plak kafa kat sekolah rendah
Anak iols yg darjah 1 tak amik kafa lagi tahun ni. Takde kekosongan, ada kafa swasta baru buka tp waktu dia abis lambat plak.
Kang tak sempat nk bersiap g sek keb plak.
So tgkla tahun depan cemana.
SRA jauh plak dr umah tgh bandar yg biasanya jalan jem teruk tu.
Tapak utk bina SRA kat tempat tinggal iols ni dah diluluskan tahun lepas tp bila akan dibina sekolah tu xtau laa sbb katanya perlukan dana juga.
Nak mohon tapak pun amik masa bertahun2 dr 2007 kot tak salah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|