View: 2419|Reply: 14
|
Pelajar Perempuan Sekolah Rendah Kantoi Panjat Pagar, Cuba Nak Loloskan Diri Dari Sekolah
[Copy link]
|
|
Satu video yang tular di media sosial memaparkan aksi seorang murid perempuan yang gigih memanjat pagar untuk cuba meloloskan diri dari sekolah.
Dimuat naik di akaun pengguna TikTok bernama @_tineyeny, kelihatan kanak-kanak berkenaan yang berpakaian sukan menyusun langkah dan berhati-hati melewati pagar utama sekolahnya yang telah ditutup.
Mungkin menganggap tiada siapa yang memerhati gerak gerinya, dia memanjat pagar itu sebelum dia akhirnya berjaya lolos melalui celahan besi gara-gara saiz tubuh yang agak kecil.
Namun kanak-kanak berkenaan terjatuh ketika cuba 'mendarat' di atas tanah namun dia bingkas bangun melarikan diri.
Kanak-kanak tersebut bagaimanapun berjaya 'ditahan' oleh dua pengawal keselamatan yang kemudian mendukungnya untuk dibawa masuk ke bilik darjah semula.
Susulan video berkenaan tular, ramai dalam kalangan warga maya yang terhibur namun dalam masa sama tertanya-tanya kisah di sebalik aksi comel kanak-kanak berkenaan.
Seorang pengguna Facebook, Norsahila Hashim, yang dipercayai ibu kanak-kanak berkenaan, tampil berkongsi cerita sebenar di laman sosial tersebut..
Menurut Norsahila, anak keduanya itu adalah murid pra-sekolah di sebuah sekolah di Rompin, Pahang.
Dalam satu hantaran di Facebook, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa gambar anak keduanya yang digelar kakak, sewaktu dihantar oleh bapanya ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada Isnin.
Dalam perkongsian seterusnya, dia turut memuat naik video yang memaparkan anak perempuannya sedang meloloskan diri dengan memanjat pagar.
"Akak melarikan diri... akak kena tangkap dengan jaga (pengawal keselamatan)," tulisnya pada hantaran berasingan.
Tambah wanita tersebut, anak keduanya cuba melarikan diri kerana mahu mencari bapanya.
"Anak nombor dua kita. Dia cari ayah dia. Baru hari pertama, macam-macam hal la anak dara aku," selorohnya pada ruangan komen.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya melontarkan komen lucu malah menyifatkan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai seorang yang berani.
"Kelakarlah... kantoi juga ya.
"Ikut perangai siapa ni... ikut mak dia kot.
"ening cikgunya... sabar sajalah," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Nope, tak kiut.
Banyak akak nak maki tapi....biarlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 21-3-2023 07:45 AM
Budak2 dan mak bapak budak2 begini la kot yang selalu;
1. Mati terjatuh dari bangunan sebab dok panjat sana panjat sini.
2. Mati lemas dalam kolam renang sebab dah beritahu ko diam2 berenang area sini ja, dia pi juga masuk dalam kolam yang dalam sementara mak bapak main henfon.
3. Kena culik pehtu mati dibunuh. Sebab tak reti ikut arahan/terlalu tinggi sifat ingin tahu/terlalu berani jadi dia pi explore/berjalan ke tempat yang dia tak sepatutnya pegu, membuka peluang pada pedo yang kebetulan ternampak dia.
4. Mati sebab tertelan objek ntah hapa2 sebab semua benda dia nampak, dia nak sumbat dalam mulut. Termasuklah tahi cicak.
5. Kepala tersepit celah meja la kerusi la etc pehtu nyusahkan bomba, ambulans nak kena tolong ko/beri bantuan kecemasan.
6. Tertembak adik beradik sampai mati sendiri sebab main pistol bapak polis dia (atau kalau kat US, pistol milik peribadi si bapak yang tak reti simpan senjata api baik2).
|
|
|
|
|
|
|
|
X cute.
Mujur xlanding muka/kepala dulu.
Kalo x lain tone stetmen mak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak bapak dia kaki fly barangkali suatu ketika dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
tu security dapat tangkap..
kalau security tak de anak kau lari sampai ke jalan besar kena langgar kena culik, masa tu kau tau la kelakar ke tidak peel anak kau tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada condition budak ni..better check dgn specialist |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ayah x de ajar ke dek..... Jgn beso nati jadi bocia sudah ler |
|
|
|
|
|
|
|
berani sangat budak ni
maknya cer try cakap dgn anak tu jgn berani sangat nak lari2 mcm tu nnt kena sorok dgn hantu kopek
bg budak tu takut sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ambik video tu mak dia ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pagar tu kena pasg jaring. Paling bagus duri kawat. Baru ada akai tp aku rasa cute je budak ni. Rasa nak cubit2. |
|
|
|
|
|
|
|
x lucu langsung, mak dia ke yg rakam? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 21-3-2023 08:21 PM
Aku nengok dr sudut lain..kalu korang suka tgk citer 'superhero'...mereka ni semua punyai 'kelebihan(anugerah)' drp orng...Satu yg biasa 'diceritakan'...selalunya drng agk semberono dgn anugerah berkenaan.Sb tu drng selalu ada mentor yg 'mengajar' drng gunakan 'kelebihan' drng tu dgn cara yg betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena culik dgn pedo still kelakar lg kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|