CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 1

Rugi RM5 Juta Semata-Mata Nak Rebut Harta RM1 Juta

[Copy link]
Post time 21-3-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode
London: Kotej diubah suai menjadi kediaman menyebabkan pertikaian selama empat tahun oleh ahli keluarga berhubung pemilikannya, yang menyaksikan kos guaman mencecah 1 juta pound sterling (kira-kira RM5.5 juta).


Ia bermula dengan perceraian antara Daniel, 73, dan isterinya, Pamela Teasdale, 68, yang sebelum itu berkahwin selama 44 tahun.




Foto: Agensi




Ibu dua anak itu mahu terus tinggal di Ladang Burne di Todwick, Yorkshire Selatan, untuk memulakan perniagaan, lapor media tempatan.


Walaupun begitu, kediaman di ladang berkenaan adalah harta pusaka keluarga Teasdale sejak tiga generasi dan bekas suami menawarkan pampasan kepada isterinya itu.


Apa yang menjadi masalah apabila sebuah bangsal di situ baru diubah suai menjadi kotej oleh anak mereka, Rebecca Carter, 45, dengan kos kira-kira 200,000 pound sterling (kira-kira RM1.097 juta).


Wanita itu pula tinggal di kotej berkenaan bersama suami serta anak perempuannya sehingga membawa kepada pertelingkahan terbabit.


Pertengkaran tercetus apabila pasangan Teasdale dan anak perempuan mereka bertengkar mengenai siapa yang boleh menuntut pemilikan sah ke atas kotej itu.


Carter berkata, dia membayar gadai janji terhadap kotej itu selama bertahun-tahun tetapi ibunya menegaskan, ia hanya bayaran sewaan.


Hakim Gordon Shelton berkata, ia tragedi tiada persetujuan baik dicapai dan salah satu litigasi paling dikesali pernah didengarinya.


Perbicaraan di mahkamah tinggi, selama sembilan hari, diikuti pendengaran di mahkamah rayuan, selama dua hari.


Ketiga-tiga ahli keluarga itu diwakili pasukan guaman yang membawa kepada kos guaman sebanyak 1,048,000 pound sterling (RM5.5 juta).


Hakim Shelton disokong Hakim Mahkamah Rayuan Justice Moor memutuskan ibu bapa menjanjikan rumah itu kepada anak perempuan mereka.


Bagaimanapun, mereka menolak permohonan Carter untuk menghentikan perniagaan ibunya yang didakwa akan mengganggu ketenteraman anaknya itu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 03:02 PM | Show all posts
kos ubahsuai 1 juta. bukan harta tu 1 juta. it worth more.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049230 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list