CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 1

Untungnya Jadi Kekasih Pelakon Berusia 72 Tahun Ini, Belum Kahwin Dah Dapat Semua Harta

[Copy link]
Post time 21-3-2023 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Mahu memastikan masa depan bakal isterinya terjamin selepas berkahwin kelak, aktor popular Hong Kong, Lee Lung Kei, 72, awal-awal lagi memindahkan nama kesemua tujuh harta dimiliki kepada kekasihnya, Chris Wong, 36.


Sekalipun perbezaan usia mereka sangat signifikan, namun hubungan Lung Kei dan Chris Wong berada di kedudukan yang sangat kukuh sejak empat tahun lalu.




8Days




Kata Lung Kei, persamaan mereka dalam pelbagai aspek menyumbang pada keharmonian hubungan berkenaan.


Hubungan akrab pasangan berkenaan mula dihidu media Hong Kong sekitar tahun 2020 apabila Chris Wong yang sedang hamil anak Lung Kei mengalami keguguran.


Sementara pada Februari lalu, Lung Kei mula bercakap mengenai hasratnya untuk mengahwini Chris Wong tahun ini.


Bagaimanapun, kata Lung Kei, dia perlu meminta keizinan daripada ibu dan bapa Chris Wong selain mengadakan perbincangan mengenai tarikh perkahwinan serta wang hantaran.


Dalam masa sama, dia memberi bayangan acara pernikahan itu kelak akan diadakan dalam suasana serba sederhana.


"Sekiranya semua berjalan lancar, perkahwinan kami akan berlangsung tahun ini juga dan saya mahu adakan (majlis) secara sederhana. Tidak akan ada majlis besar-besaran. Saya hanya akan undang beberapa teman sahaja untuk makan bersama,” kata Lung Kei mengenai hasratnya itu.


Percintaan Lung Kei dan Chris Wong dilabel media tempatan sebagai ‘hubungan datuk dan cucu’ berikutan perbezaan 36 tahun antara kedua-dua mereka.


Kepada Lung Kei, perbezaan usia yang besar tidak memberi sebarang halangan buat mereka untuk mengatur hubungan cinta, apa lagi dia dan kekasihnya sentiasa bekerjasama dalam pelbagai aspek.


“Jika kami tidak melakukan kerjasama, bagaimana dia mampu menangani (hubungan) ini sedangkan dia masih muda. Sepanjang empat tahun bercinta, belum pernah sekali kami membuat keputusan untuk berpisah,” ujar Lung Kei.


Lelaki itu juga mempunyai empat orang anak hasil daripada perkahwinan pertamanya dan mereka jauh lebih berusia berbanding Chris Wong.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah mashuk
????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050932 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list