View: 3075|Reply: 8
|
"Tak Ada Tanda, Sangat Mesra Bergurau Senda Di Makkah,"-Roslan Shah Terkejut Beruk Dengan Diana Danielle Dan Farid Kamil Nak Bercerai
[Copy link]
|
|
Tak sampai sebulan menunaikan umrah bersama-sama, Roslan Shah terkejut 'beruk' dengan berita Farid Kamil dan Diana Danielle.
Kata Roslan, pasangan itu dilihat mesra malah sering bergurau senda dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hubungan mereka bermasalah semasa melakukan ibadah pada Februari lalu.
"Selama saya di sana (Tanah Suci) bersama Farid dan Diana, Alhamdulillah mereka nampak baik dan saling bergurau senda bersama anak-anak mereka.
"Di sana tiada apa yang berlaku, mereka mesra, tiada pergaduhan malah pasangan itu nampak begitu seronok sepanjang menunaikan ibadah," katanya kepada mStar.
Foto: mStar
Roslan juga berharap Farid dan Diana dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka dengan baik.
"Selama dua minggu di sana kami satu jemaah. Saya terkejut dengan apa yang berlaku, tapi saya mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu."
Sebelum ini, Farid meluahkan rasa syukur apabila dapat membawa isterinya dan dua anak mereka iaitu Muhammad dan Nur Aurora menunaikan umrah selepas enam tahun tidak menjejakkan kaki ke Makkah.
Sebelum ini Diana memfailkan penceraian terhadap Farid, 42, namun pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu enggan melafazkan talak terhadap isterinya kerana masih menyayanginya.
Dia memfailkan cerai tersebut pada Isnin mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.
Aktres itu dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid.
Foto: mStar
Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada mahkamah.
Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.
Diana difahamkan melantik rakan rapatnya sebagai w manakala Farid belum memberi sebarang nama bagi pihaknya untuk proses itu.
Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 28 Mac ini untuk membolehkan Farid memaklumkan mahkamah wakil bagi pihaknya dalam JKP tersebut.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tiber jadi macam abang2 sgt roslan shah nih...
caring gitu... hihihi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Adaaaaaa aje nak selit limelight si belut ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya dorg mmg pandai berlakonlaj depan ramai org..
Ala, sama jer lah mcm orang lain.. Kat fb, ig portray dorglah couple terpaling bahagia.. Mama sayang papa, papa sayang mama.. Ibu cinta ayah. Daddy sayang mummmy. Tapi behind the stage, pasang sekandel satu opis. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah kita orang luar hanya boleh speku, hanya boleh meneka, hanya boleh ada anggapan tapi realiti fakta sebenar kita tak boleh nak tahu 100%. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kene sondol dengan PMX sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
semua yang org tayang kt medsos tu ada je yang palsu. Mana ada org nk tunjuk yang buruk dekat org kan |
|
|
|
|
|
|
|
So selama ni dd ni auta je lah, melebih2 sgt klu bercakap psl farid, mcm terpaling phuiii
bekas datin n datok lol kohkohkohhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|