CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2201|Reply: 0

Mitrovic, Silva, Fulham berdepan hukuman berat

[Copy link]
Post time 21-3-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic (kanan) mempersoalkan pengadil perlawanan, Chris Kavanagh ketika aksi suku akhir Piala FA menentang Manchester United di Old Trafford. - Foto AFP

LONDON: Aleksandar Mitrovic berdepan penggantungan sehingga tamat musim ini oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA).

Penyerang Fulham itu dilayangkan kad merah selepas menolak pengadil perlawanan, Chris Kavanagh yang memberikan sepakan penalti kepada Manchester United ketika aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford Ahad lalu.

Pengendali Fulham, Marco Silva turut dilayangkan kad merah dan bakal menerima hukuman berat daripada badan induk itu.

Mitrovic bakal digantung sehingga 10 perlawanan dengan kelab Craven Cottage itu juga berdepan hukuman denda.


"FA mendakwa hukuman biasa (gantung tiga perlawanan) ke atas Aleksandar Mitrovic kerana bertindak ganas ke atas pengadil perlawanan adalah tidak memadai.

"Tingkah laku serta kata-kata dikeluarkan Aleksandar Mitrovic juga tidak sesuai, kasar, kesat serta berunsur ancaman ketika dia diarahkan keluar padang," kata jurucakap FA.

Silva juga didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan sehingga dia dilayangkan kad merah pada perlawanan itu.

Dia juga didakwa membaling botol air ke arah penolong pengadil.

Silva sebelum ini pernah digantung satu perlawanan selepas mengutip kad kuning keempat musim ini. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... depan-hukuman-berat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.206953 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list