CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2345|Reply: 0

7 Rumah, 6 Kenderaan Jahanam Dihempap 15 Pokok Tumbang

[Copy link]
Post time 21-3-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode
15 pokok tumbang di Taman Desa Riang, Damansara Damai, awal pagi tadi menyebabkan tujuh rumah dan enam kenderaan rosak.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 4.19 pagi tadi.







Harian Metro - Ihsan Bomba




"Seramai 29 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat 15 pokok tumbang di lokasi terbabit membabitkan tujuh rumah yang terjejas di bahagian hadapan.


"Selain itu, enam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan juga terjejas akibat dihempap pokok tumbang berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, kerja-kerja pemotongan sisa pokok tumbang sedang dilakukan oleh pihak bomba.


"Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam insiden ini," katanya.


Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada ribut yang melanda kawasan itu, awal pagi tadi, dakwa penduduk di situ.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059785 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list