CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2261|Reply: 6

Guru Maut Kereta Rempuh Penghadang Jalan Dipercayai Kena Serangan Jantung

  [Copy link]
Post time 21-3-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Kemalangan di Kilometer 0.1, Jalan Dato’ Sedia Raja – Mampong petang semalam menyebabkan kematian seorang guru sebuah sekolah di daerah itu.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.34 petang itu, mangsa, Zafirah Mohd. Al Hafiz, 37, beralamat di Taman Krubong Utama, Melaka, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.




KEADAAN kereta yang dipandu seorang guru sebuah sekolah di daerah ini yang maut dalam kejadian kemalangan Kilometer 0.1, Jalan Dato' Sedia Raja - Mampong, Rembau.





Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu kenderaan jenis Perodua Bezza datang dari arah Mampong menghala ke Jalan Dato’ Sedia Raja.


“Semasa sampai di tempat kejadian melepasi lampu isyarat pekan Rembau, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar tembok penghadang jalan.


“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat,” katanya hari ini.


Jelas Hazri, punca kemalangan disebabkan hilang kawalan dan dipercayai mengalami serangan jantung namun siasatan lanjut masih dijalankan.


Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 12:55 PM | Show all posts
tgh2 drive kena heart attack ye

scary nye

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya .
Time driving gitu dok tahan sakit bagai
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka blastof bagi peringatan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah.. Muda lagi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 1.142316 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list