CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2249|Reply: 1

Takut Tragedi Kamal Adli Berulang, Didie Alias Upah 30 Petugas Keselamatan

[Copy link]
Post time 21-3-2023 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Didie Alias bakal mengetatkan lagi kawalan keselamatan sempena acara Stylofest Mega Raya 2023 selepas kejadian yang berlaku kepada Kamal Adli di Singapura baru-baru ini.


Kata Didie, 51, yang juga penganjur acara berkenaan, setiap pergerakan selebriti terlibat akan di pantau oleh 30 orang petugas keselamatan selain perlunya imbasan kehadiran buat pengunjung.


Foto: IG




“Setiap pengunjung yang nak datang nanti mereka perlu scan dan isi maklumat peribadi dahulu. Mereka boleh lakukan di mana-mana sahaja sebelum datang ke acara kami nanti.


“Kita juga mungkin akan ada lebih kurang 30 orang pengawal keselamatan yang akan memantau persekitaran. Jadual kehadiran artis juga kita telah siapkan supaya tahu pergerakan mereka.




  



“Dalam masa sama kami juga sedang menilai untuk lakukan body screening supaya dapat mengesan jika ada senjata tajam yang dibawa.


"Saya sudah terlibat menganjurkan acara hampir 10 tahun, kejadian yang berlaku di Singapura memang mengejutkan,” katanya kepada mStar.


Sementara itu bercakap tentang acara Stylofest, kata Didie dia kini lebih senang menguruskannya sendiri tanpa bantuan rakan kongsi selepas kejadian ditipu pada tahun 2021.




  



“Lebih baiklah saya buat sendiri bersama suami di bawah syarikat pengurusan kami. Kalau bergaduh pun hanya melibatkan saya dan suami.


“Sebelum ini rakan kongsi pernah melakukan pecah amanah dan disebabkan itu saya terpaksa membayar ratusan ribu kepada peniaga yang terlibat,” ceritanya.




  



Stylofest Mega Raya 2023 bakal berlangsung di lokasi sama bermula 14 hingga 17 April dengan kehadiran lebih 40 orang artis yang turut sama terlibat dalam jualan.


Antara lain yang menarik tahun ini ialah pesta berkenaan turut menyediakan ruangan berniaga makanan dan minuman sepanjang 73 jam ia berlangsung.




  



Dalam masa sama, Didie turut menawarkan ‘gerai rahmah’ buat peniaga yang kurang berkemapuan untuk terlibat sama supaya dapat menjana lebih pendapatan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfiri. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaya tul dorg ni sekarang jadi penganjur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.040187 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list