CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8323|Reply: 8

Bayaran Haji Seorang Jemaah Naik Antara RM1,000 Hingga RM3,000

[Copy link]
Post time 20-3-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Bayaran haji seorang jemaah muassasah bagi kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) meningkat antara RM1,000 dan RM3000 pada tahun ini.


Ini menyaksikan kedua-dua kumpulan itu masing-masing perlu membayar sebanyak RM11,980 untuk kumpulan B40 dan RM15,980 bagi kumpulan (M40), manakala kumpulan berpendapatan tinggi melebihi RM15,000 sebulan perlu menanggung kos haji sepenuhnya sebanyak RM30,850 seorang.


Gambar Hiasan




Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin bagaimanapun berkata, kerajaan akan menanggung kenaikan kos haji sebanyak RM1,000 bagi kumpulan B40 yang mana jemaah hanya perlu membayar RM10,980 iaitu kadar sama kadar tahun lalu. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
So t20 bayar penuh ek
Kalau pegi dgn swasta paling murah brp?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 09:36 PM | Show all posts
Drp Harian metro:

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menggalakkan jemaahnya yang mampu untuk membayar penuh kos menunaikan ibadat itu sekali gus membantu TH mengurangkan perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji (Hafis).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin berkata, TH pertama kali mengeluarkan surat tawaran dan memperkenalkan tujuh tahap kadar pembayaran yang boleh dipilih oleh jemaah haji di dalam surat tawaran berkenaan.

Katanya, surat tawaran akan dikeluarkan mengikut kategori iaitu 50 peratus B40, 48 peratus golongan M40 dan dua peratus T20.

"Bagi B40 mereka perlu bayar RM10,980, manakala M40 RM15,980 dan T20 bayaran penuh RM30,850, mereka akan terima surat untuk membayar mengikut jumlah ditetapkan.

"Tahun ini dalam surat tawaran kita perkenalkan tujuh tahap pembayaran, jemaah diberi pilihan sama ada ingin membayar mengikut jumlah Hafis, B40 RM10,980 dan M40 RM15,980 atau mahu membayar penuh (tanpa Hafis) iaitu RM30,850," katanya katanya pada sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 2023 di Menara TH, di sini, hari ini.


..dahlah kena bayar penuh, kuota hanya 20% sahaja. Pergi haji sekarang ada pengredan pulak. Orang T20 tak payah buat hajilah kalau macam gini sebab kuota sikit. Patutnya buat macam dululah, ikut giliran. Siapa daftar dulu, dia pergi dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah justifikasi kuota T20 yg bayar full 2% je? Padahal dari segi kewangan T20 ni dah cukup mampu. Nak galakkan amik pakej haji swasta ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
apekah kepelikkan ini? haish, selalu ja mcm ni bila ph berkuasa mula la TH ni jadi pelik2. perlukah i keluarkan simpanan di TH mcm ni. kenapa nk usik sgt TH ni? kan dah ada sistem penggiliran sblm ni. kenapa nk ada kasta2 pula dalam percentage utk kuota pergi menunaikan haji. sbb yg i tahu, nak pi haji dgn pakej swasta pun kena ikut giliran tabung haji? i x pasti bab ni. tp bagi i sistem urusna haji sepanjang di sana utk  jemaah malaysia baikla ambil pakej melalui tabung haji jugak sbb smooth compared to swasta.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Merajuk dengan TH. Teruk betul keputusan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 21-3-2023 03:23 AM
apekah kepelikkan ini? haish, selalu ja mcm ni bila ph berkuasa mula la TH ni jadi pelik2. perlukah  ...

Rasa tak ada kena mengena dengan pemerintahan sapa2 pun.. semua berkait rapat dengan kenaikan kos di arab saudi..semalam masa live conference, ada bos TH tunjuk unjuran bantuan dan kenaikan kos..kalau guna pakej swasta, x perlu tunggu giliran.. asalkan dah daftar lebih dari 5 tahun dan buat rayuan high chances untuk dapat.. tgk gaya, bila t20 kena bayar 30k which dah nak sama dengan swasta, mmg rasa nak push yang mampu guna pakej swasta..

Kalau yg harap hibah byk tu, th mmg bukan tempatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:39 AM | Show all posts
ladybugz replied at 21-3-2023 04:23 AM
apekah kepelikkan ini? haish, selalu ja mcm ni bila ph berkuasa mula la TH ni jadi pelik2. perlukah  ...

Untuk pergi dengan swasta : kena pilih TA yang telah establish lama.
Dulu I pergi dengan TA swasta dan Alhamdulillah semua memuaskan hati. Hotel dekat esp di mina. Tempat penginapan hanya seberang jalan drp jamrah aqabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 09:44 AM | Show all posts
xtau la nak kata...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.044604 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list