CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3278|Reply: 0

Kes Cerai Hafidz Roshdi Dan Shuhada Mengikut Seksyen 57

[Copy link]
Post time 20-3-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Kes cerai pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, akan dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Perkara itu disahkan peguam syarie terkemuka Datuk Akberdin Abdul Kader akan mewakili Hafidz pada sebutan kes penceraian itu yang dijangka akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di sini esok.


“Ya..kes mengikut Seksyen 57,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini.




Foto: IG




Sebelum ini, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.


Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, disini tiga minggu lalu.


Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.


Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.


Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058594 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list