CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4015|Reply: 0

Agrobank lancar program galak pelajar bertani

[Copy link]
Post time 18-3-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Agrobank lancar program galak pelajar bertani



Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama pemenang daripada New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro pada Malam Apresiasi Media Agrobank di One World Hotel. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN



KUALA LUMPUR: Agrobank malam ini melancarkan Program Rakan Tani Muda Agrobank yang membabitkan pelajar daripada 80 sekolah rendah di seluruh negara.

Program itu diperkenal bagi menerap dan menyemai nilai pertanian dalam kalangan pelajar.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah, berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM240,000 bagi menjayakan program berkonsepkan pendidikan pertanian itu.

Daripada jumlah itu, katanya, dana sebanyak RM3,000 diperuntukkan kepada setiap sekolah bagi menyokong usaha dijalankan oleh pelajar, guru serta pihak pengurusan sekolah.

"Bagi menggalakkan lagi pembabitan murid dalam bidang pertanian di sekolah, Pertandingan Rakan Tani Muda Agrobank digarap untuk mempergiatkan lagi aktiviti pertaian dan perkebunan dalam kalangan sekolah rendah seluruh negara," katanya pada majlis pelancaran program itu, malam ini.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Inisiatif berkenaan dianjurkan selaras Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, di mana Agrobank mempersiapkan generasi muda sebagai pelapis dalam mendepani cabaran industri agro dan pemangkin keterjaminan makanan negara.

Mengenai Pertandingan Rakan Tani Muda Agrobank, ia akan berlangsung selama empat bulan dan dijangka bermula pada Jun ini membabitkan 80 sekolah rendah seluruh negara dalam usaha mencari juara keseluruhan di peringkat kebangsaan.

Sementara itu, pada majlis pelancaran yang diadakan serentak Malam Apresiasi Media Agrobank, BH menerima Anugerah 'Spotlight Agrobank bagi kategori Media Dalam Talian Terbaik.

Sementara wartawan BH, Hazwan Faisal Mohamad menerima Anugerah 'Sidekick Salute' Agrobank selaku wartawan terbaik.

Setiap penerima anugerah membawa pulang wang tunai, plak kemenangan dan sijil penghargaan.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lak-pelajar-bertani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list