|
Tular video di Indonesia memaparkan seorang lelaki 'kantoi' mengintai wanita mandi dari atas bumbung sebuah rumah.
Kosmo/IG
Suara.com melaporkan, berdasarkan video yang dirakam beberapa wanita yang menyaksikan kejadian, lelaki itu sedang meniarap di atas atap zink sebuah rumah.
Dalam video dimuat naik di Instagram @fakta.indo menunjukkan lelaki berbaju kuning itu kelihatan panik setelah perakam menjerit ‘pengintip’ lalu segera meluru untuk turun dari bumbung berkenaan.
Instagram @fakta.indo
Rakaman tersebut mendapat perhatian netizen yang memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.
Sumber: Kosmo! Online |
|