CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10590|Reply: 1

Remaja Bunuh Diri Lepas Tembak Ibu Dan Bunuh 2 Polis

  [Copy link]
Post time 17-3-2023 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Remaja berusia 16 tahun menembak diri sendiri selepas menembak ibunya. Malah, suspek dilaporkan turut membunuh dua anggota polis yang tiba di kediaman mereka.


Menurut laporan AWANI, Ketua Polis Edmonton, Dale McFeeberkata, kedua-dua anggota berkenaan ditembak ketika tiba di sebuah bangunan pangsapuri sebaik menerima panggilan berhubung pertelingkahan domestik pada jam 12.47 tengah malam Khamis.




Gambar hiasan




Pasukan polis yang dikerah ke apartmen itu kemudian menemukan mayat suspek yang tidak dinamakan kerana masih berada di bawah umur itu dengan kesan tembakan yang dipercayai dilakukannya sendiri.


Manakala, ibu suspek dilapor dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital namun kini berada dalam keadaan stabil.


Anggota polis yang terkorban dikenal pasti sebagai Travis Jordan, 35, yang telah berkhidmat dengan pasukan Edmonton selama lebih 8 tahun, dan Brett Ryan, 30, yang berkhidmat lebih 5 tahun.


"Ini adalah hari yang sangat tragis bagi Perkhidmatan Polis Edmonton dan bandar ini.


"Anggota polis ini berkorban nyawa ketika cuba melindungi komuniti di sini. Pengorbanan mereka tidak akan dilupakan," kata McFee dalam satu kenyataan.


Punca kejadian masih dalam siasatan polis.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 10:35 PM | Show all posts
Berat betul kes belah sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051380 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list