CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3813|Reply: 6

Ibu Bapa Lebih Gemar Beli Keperluan Sekolah Anak Di Kedai-Kedai Kecil, Lebih Jimat Boleh Tawar Menawar

[Copy link]
Post time 17-3-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Rata-rata ibu bapa di beberapa negeri mengambil kesempatan membeli kelengkapan sekolah anak mereka pada saat-saat akhir ke­rana mahu selesaikan komitmen isi rumah yang wajib dahulu.


Mereka juga lebih gemar membeli di kedai pakaian biasa berbanding pasar raya besar agar boleh tawar-menawar harga.


Di Kuala Terengganu, Terengganu, seorang ibu, Nor Azlin Shahira Abidin, 37 berkata, dia mengakui membeli kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, tudung, kasut dan stokin di kedai pakaian biasa lebih menjimatkan.


Foto: Kosmo




“Berbanding harga tetap di pasar raya besar, kita masih boleh tawar-menawar di kedai pakaian biasa.


“Biasanya boleh berjimat antara RM25 hingga RM40 yang bagi saya agak besar memandang­kan mempunyai tiga anak bersekolah,” katanya ketika ditemui di sebuah kedai pakaian di sini semalam.


Dia menambah, gemar membeli kelengkapan sekolah anak pada saat-saat akhir.


Kakitangan swasta itu berkata, harga boleh ditawar dengan lebih murah kerana peniaga ­biasanya mahu menghabiskan stok sebanyak mungkin sebelum sesi persekolahan bermula.


Seorang lagi bapa, Yusri Mohamad Shah, 45, dia juga membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak pada saat-saat akhir.


“Sebelum ini, saya membeli dahulu kasut dan beg sekolah menggunakan wang Bantuan Awal Persekolahan. Kena beli sikit-sikit untuk berjimat,” katanya.


Di Selangor, seorang usahawan, Zarul Fizi Sahaari, 38, ketika ditemui berkata, dia bersama isteri dan anak-anak sering membeli barangan sekolah pada saat akhir seperti tahun sebelumnya.


“Kalau beli saat akhir, pada waktu suntuk barulah kita rasa yang sekolah akan bermula tidak lama lagi selain kita sebagai ibu bapa pun bahkan mempunyai banyak urusan serta komitmen yang perlu diselesaikan.


“Kadang-kadang, kita sebagai ibu bapa, perlu peruntukan dan masa yang boleh dijanjikan. Kalau macam saya, saya ada anak perempuan empat orang yang bersekolah.


“Macam tahun lepas, saya habiskan RM2,000 untuk anak-anak yang mana seorang di sekolah menengah dan tiga lagi sekolah rendah,” ujarnya.


Di Pulau Pinang pula, seorang suri rumah, Nor Kamalasari Mohd. Ali, 46, berkata, persiapan sekolah dua anaknya yang berusia tujuh dan 14 tahun kali ini dilakukan secara ala kadar selain perlu mengutamakan membeli buku dahulu.


“Kami beli sikit-sikit, mana yang penting untuk berjimat,” jelasnya.


Seorang lagi ibu kepada tiga cahaya mata, Aina Mardiah Hasan, 38, pula berkata, dia terpaksa mengutamakan keperluan untuk anak bongsu­nya sahaja yang akan ke Tahun Satu.


“Cuma beli pakaian serba sepasang untuk anak perempuan sahaja, manakala dua abangnya lagi hanya memakai semula pakaian sekolah lama yang masih muat,” jelasnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kpm kata boleh pakai baju biasa je ke kalau tak mampu? Kalau anak² iols masih sekolah lg, iols suruh je pakai bsju biasa..sonang nk basuh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:13 AM | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2023 10:57 AM
Bukan kpm kata boleh pakai baju biasa je ke kalau tak mampu? Kalau anak² iols masih sekolah lg, iol ...

biar benar? takut sekolah lak nanti banyak songeh
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:14 AM | Show all posts
harap harap mak bapak ada spare
ASB atau KWSP yang cukup utk anak bila dewasa.
kesian tengok anak-anak ni bila dewasa kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Musim tepuk dahi datang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu2 ada yg mak2 jahit sendiri. Skrg mak2 housewife pun tak cukup tidur layan siri korea.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2023 10:57 AM
Bukan kpm kata boleh pakai baju biasa je ke kalau tak mampu? Kalau anak² iols masih sekolah lg, iol ...

Tu baju koku. Cth baju uniform pbsm, tkrs, sume tu klo complete baju 100++. Jd blh pakai baju sukan je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.094734 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list