CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4364|Reply: 1

Dah Enam Tahun Kahwin, Ada Dua Anak- Lelaki Baru Tahu Isteri Adalah Adik-Beradik Kandung

[Copy link]
Post time 16-3-2023 06:53 PM | Show all posts |Read mode
LONDON – Seluruh kehidupan seorang lelaki hancur selepas mendapati dia mempunyai pertalian darah dengan ibu kepada dua anaknya yang masih kecil.


Lelaki itu berkata, dia diterima sebagai anak angkat dua minit selepas kelahirannya  dan tidak tahu apa-apa tentang ibu bapa kandungnya kerana ia sebahagian daripada prosedur anak angkat secara tertutup.


Bagaimanapun, sejarah keluarganya terbongkar selepas dia menjalani ujian untuk melihat sama ada boleh menderma buah pinggangnya  kepada isteri yang dikahwini selama enam tahun.




Foto: AFP




“Isteri saya jatuh sakit sejurus anak kami dilahirkan dan kini memerlukan pemindahan buah pinggang. Kami memeriksa dengan saudara-maranya, namun tidak ada yang sepadan," katanya seperti dipetik melalui Mirror.


“Saya tahu kebarangkaliannya kecil tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk melihat sama ada saya boleh mendermakan buang pinggang saya. Saya mendapat panggilan pada hari lain mengatakan bahawa ginjal saya sepadan.


“Doktor kemudian mengatakan sesuatu tentang ingin melakukan ujian tambahan kerana beberapa maklumat daripada keputusan ujian tisu HLA (antigen leukosit manusia). Saya tidak memikirkan lebih jauh  dan bersetuju,” katanya.


Bagaimanapun, keputusan ujian mendapati bahawa  lelaki itu dan isterinya mempunyai ‘peratusan padanan yang tinggi dan luar biasa’.


“Saya terkejut dan keliru. Doktor menjelaskan bagaimana maklumat DNA diturunkan daripada  generasi ke generasi, ibu bapa kepada anak boleh mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus padanan dan adik-beradik boleh mempunyai padanan 0-100 peratus,” tambahnya.


“Jarang ada padanan begitu tinggi untuk  suami dan isteri. Saya bertanya apa maksudnya,” katanya lagi.


Lelaki itu kemudian menjelaskan bagaimana dia bertemu isterinya lapan tahun lalu ketika bekerja jauh dari kampung halamannya.


Mereka  bertukar nombor telefon dan mengatur untuk bertemu setiap kali dia pergi ke negeri isterinya sehingga dia diberi peluang berpindah kerja ke sana secara kekal.


Dia berkata:  “Kami adik-beradik. Tidak, saya tidak bergurau. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk bergerak ke hadapan tetapi saya tahu ia mungkin salah. Dia ialah isteri saya dan ibu kepada anak-anak kami.”


Selepas berkongsi pengalamannya di laman sosial Reddit, pengguna berkongsi pendapat mereka tentang cara terbaik dia menangani situasi yang sangat malang ini. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 08:16 AM | Show all posts
hbs yg derma2 sperma tu, korg x pk.. lagi tinggi peratus nk kawen adik beradik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 1.096695 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list